Sharizat menempelak timbalan beliau, Datuk Kamilia Ibrahim dan juga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz yang sebelum ini dilihat agak bebas dan bersahaja membelasah beliau yang kini tiada lagi kuasa sebagai seorang menteri...
Sharizat juga menunaikan janjinya untuk tidak lagi memegang jawatan Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkuat kuasa semalam apabila tarikh jawatan Senator beliau tamat pada 8 April 2012...
Jawatan itu diambil oleh individu yang sangat sesuai dengan portfolio wanita iaitu Najib Razak...
namun...
Najib dilihat hanya memegang jawatan tersebut sebagai proksi kepada pemegang kuasa sebenar iaitu, Rosmah Mansur...
Kedua-dua Rafidah dan Kamilia dilihat seringkali mengeluarkan kenyataan menentang Shahrizat, yang mana telah dikaitkan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), dengan mendesak beliau turut melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya, seperti mana beliau melepaskan jawatan menteri dan senator.
“Saya tegas. Saya tahu apa yang saya mahu daripada Wanita Umno,” katanya.
Mungkinkah apa yang dimahukan Sharizat dari Wanita UMNO telah pun dia kecapi..?
Mungkin kah ianya bermaksud keluarga beliau dapat projek menternak lembu fidlot yang melibatkan wang RM250 juta yang mana sebahagian besar di habiskan untuk mengumpul harta oleh keluarga beliau...
Sebelum melepaskan jawatan menteri sekali pun,Sharizat sudah menerima kecaman dan dihentam oleh timbalan beliau sendiri,Datuk Kamilia Ibrahim..
biasalah...
dimana ada taik lembu...
disitulah ada kumbang taik berebut-rebut...
hakikat alam.....
tak boleh buat apa dah...