Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 31 March 2012

[VIDEO] PENYENARAIAN FELDA - JIKA GAGAL,PENEROKA TIDAK BOLEH SAMAN.


Kerajaan kini boleh dianggap sedang cuba mengambil keuntungan kali kedua ke atas Felda...

Kalau nak diikutkan.. 
tujuan sebenar kerajaan menubuhkan Felda pada tahun 1956 dulu adalah untuk membantu orang-orang melayu melalui sektor pertanian perladagangan..

Namun..
apa yang berlaku sekarang adalah..

PENCURI BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ORANG YANG MENDEDAHKAN KEGIATAN MEREKA.


NFC buat laporan polis terhadap 3 individu dari PKR iaitu..
  1. Rafizi Ramli, 
  2. YB Nurul Izzah,
  3. YB Zuraidah Kamaruddin.
 
Laporan itu dibuat kerana ketiga-tiga mereka telah mendedahkan maklumat penyelewengan bos-bos besar NFC terhadap wang pinjaman mudah kerajaan yang sepatutnya digunakan bagi memajukan penternakan fidlot negara bagi menampung bekalan daging dalam negara..

Kan ke pelik...
pencuri melaporkan kepada polis bahawa ada orang lain yang mendedahkan kegiatan mencuri mereka..

Friday, 30 March 2012

SIRI TERJAH PUTRAJAYA - PENEROKA BANTAH PENYENARAIAN FELDA


Selepas solat jumaat tadi..
wakil peneroka dari kebanyakan negeri di Semenanjung hadir ke Putrajaya bagi menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri berikutan bantahan peneroka Felda terhadap hasrat kerajaan menyenaraikan Felda ke Bursa Saham...

Penyenaraian ini akan menyebabkan masa depan Felda dalam keadaan yang bahaya dan tidak terjamin..

berikut adalah gambar sekitar perhimpunan tadi..


Pak Jabit.

















Thursday, 29 March 2012

DIFITNAH JUAL TAPAK MASJID - INI JAWAPAN LIM GUAN ENG


Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah UMNO, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang. 

Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. 

Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid. 

Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah

BANTAH PENYENARAIAN FELDA - BERHIMPUN DI MASJID PUTRAJAYA LEPAS SOLAT JUMAAT.


Bantahan penyenaraian Felda akan diadakan seperti berikut...

Tarikh : 30 March 2012
Waktu : 2:30pm (selepas solat jumaat)
Tempat berkumpul : Masjid Putrajaya.  

Mari kita hadirkan diri...
kehadiran dan kesungguhan kita esok akan menjadi satu peristiwa penting dalam sejarah Felda kerana kita mungkin akan menjadi penyelamat kepada tanah Felda dari dimiliki oleh syarikat asing...

Kita perlukan suara rakyat teramai demi membuka mata

HUKUMAN PENARI TIANG GHAIRAH HANYA RM25 - LEBIH MURAH DARI PIZZA HUT!


Di dalam negara kita ni..
Mengajar agama Islam tanpa tauliah walaupun niat untuk mencurahkan ilmu kepada orang ramai..
akan di anggap bersalah seolah-olah kesalahan yang besar..
walaupun seseorang itu ada Master dan PHD dalam bidang ilmuan Islam...

Kesalahan itu mengikut negeri masing-masing di mana ada yang dikenakan hukuman denda sehingga RM3000 dan 2 tahun penjara..
3 gadis yang menari tiang di N9 24 march 2012 lalu.

Wednesday, 28 March 2012

SKANDAL NFC - "PIJAT" PERLU DIBUANG DARI UMNO - RAFIDAH AZIZ


Malam tadi apabila menjelaskan isu berkaitan dengan teguran beliau terhadap Ketua Wanita UMNO yang kini terlibat dengan skandal NFC,Rafidah Aziz secara bergurau meminta ahli UMNO membuang "pijat" yang boleh mendatangkan masalah kepada parti...

Rafidah sebelum ini pernah meminta Sharizat supaya berundur dari jawatan Ketua Wanita UMNO demi masa depan UMNO yang semakin gelap dan skandal NFC

BIDAAN BARU HANYALAH CUBAAN MEMADAMKAN KESALAHAN PERDANA MENTERI


KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan

Tuesday, 27 March 2012

PENEROKA FELDA BERDEMO JUMAAT INI BANTAH PENYENARAIAN FELDA.


PKR menjangkakan seramai 1,000 orang akan hadir ke perhimpunan pada Jumaat untuk membantah penyenaraian anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.



Pengerusi Biro Orang Asal PKR, Suhaimi Said (gambar) berkata, satu memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri

TUDUHAN NAJIB TANPA KAJIAN DAN BERNIAT JAHAT - FAEKAH HUSIN



Tuduhan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji pilihan raya dibuat tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat.

Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus

Monday, 26 March 2012

NAJIB NAK TAWAN SELANGOR? KITA NAK TAWAN PUTRAJAYA! - ANWAR


“Najib kata dia mahu ambil alih Selangor ... cerita apa ni? 
Dia nak ambil Selangor? Kita nak tawan Putrajaya!” kata Anwar di dalam ceramah beliau di Stadium Kuala Selangor semasa karnival Terima Kasih Rakyat malam tadi..

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mencabar Perdana Menteri untuk cuba menawan Selangor untuk Barisan Nasional (BN), dan menolak perikatan kerajaan itu sebagai ancaman untuk Pakatan Rakyat (PR).

Thursday, 22 March 2012

BN PILIHAN ORANG MUDA!!


BN pilihan orang muda...?
orang muda..?
kah..kah..kah..

Janganlah terkejut pulak apabila tok ayah ni yang merupakan UMNO totok mengatakan bahawa BN merupakan pilihan orang muda...

Di khabarkan ini adalah gambar dari negeri kelahiran Najib..

Sejajar dengan umur beliau..
maka mungkin BN adalah pilihan orang muda dolu-dolu...
ketika di zaman pakai lampu minyak 
tanah / lampu gasoline...

Maafkanlah keterlanjuran tok ayah nih...
kah..kah..kah...
kerana sememangnya UMNO sentiasa menganggap Malaysia ini masih di takuk tahun 70an... 

kah..kah..kah...
saja layan....
 

TERENGGANU TARIK PINJAMAN MAHASISWA YANG SERTAI BERSIH 2.0 - AIC KECAM KERAJAAN TERENGGANU






ANWAR IBRAHIM CLUB (AIC)
22 MAC 2012


AIC Malaysia terpanggil untuk menilai isu penarikan balik pinjaman oleh Kerajaan Terengganu terhadap Mahasiswa tajaan mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0. 
 
Kredibiliti pihak Kerajaan Negeri dalam menangani isu tersebut dikecam kerana berpaksi kepada sekatan pemikiran anak muda khususnya, Mahasiswa yang berpeluang menjadi aset penting negara pada masa akan datang. 
 
Skop pendidikan tidak boleh hanya ditumpu kepada konteks bilik darjah semata-mata tetapi perlu dilihat dari segi

SHARIZAT PERLU LEPAS JAWATAN PARTI KERANA MASYARAKAT PANGGIL KAMI LEMBU - NAIB KETUA WANITA UMNO


KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”

Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan

WARGA MAIS KEBAS SELIPAR WAKAF - SELIPAR PUN NAK REMBAT?


Hari ini semasa aku menjalani rutin biasa kehidupan aku iaitu melepakkan diri di sebuah kedai mamak di Shah Alam.. datang seorang kawan membawa 2 pasang selipar berwarna hijau kuning...

Ni gambar selipar tu...


Kawan aku ni kata, ini adalah antara seribu lebih pasang selipar yang di dermakan oleh sebuah syarikat untuk diberikan kepada masjid-masjid dan surau-surau di Selangor untuk dijadikan sebagai selipar wakaf bagi kegunaan jemaah

Wednesday, 21 March 2012

MAK TAK PERLU BIMBANG,HANYA 2% SAHAJA LAGI UNTUK LULUS!!


Apa perasaan kita kalau anak kita balik dari sekolah dengan kertas ujian ditangan dan dengan begitu bersemangat menceritakan kepada kita...

"mak..!!,ayah!!.. berkat dari transformasi ilmu tuisyen yang saya pelajari selama ni,maka hari ini saya mendapat markah ujian yang baik, iaitu markah saya hanya kurang 2% sahaja lagi untuk lulus..."

BN KELUAR PASIR BANYAK,TAPI DUIT SIKIT - PR PULA KELUAR PASIR SIKIT,TAPI HASIL BANYAK


Boleh diibaratakan macam ni..
bila Khir Toyo jual pasir 2 tan,dia hanya dapat  RM50..
tapi bila Khalid Ibrahim jual pasir 1 tan jer,dia boleh dapat RM250....

Takkan itu pun kita masih nak kata BN bagus?!

Ke mana perginya perbezaan hasil pasir tu..?
kenapa orang UMNO tak nampak semua ni..?
perbezaan yang besar dalam hasil jualan pasir tetapi orang UMNO tidak pernah terfikir ke nak tanya ke mana perginya jumlah yang hilang tu...

Pendapatan Kerajaan Selangor menerusi hasil pasir era pemerintahan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah jauh lebih

ISTERI NABI JUGA ADA YAHUDI - BUKTI ISLAM TIDAK MENGAJAR KITA SUPAYA BENCI YAHUDI HANYA KERANA DIA YAHUDI


Sekarang ini kecoh isu Yahudi di mainkan UMNO...
sehinggakan UMNO begitu ligat memutar belitkan kenyataan Presiden PAS mengenai Yahudi...

UMNO memberikan gambaran yang salah kepada ahli-ahlinya...
seolah-olah sehinggakan jika seseorang yahudi itu masuk Islam kita masih kena benci dia sebab dia tu yahudi...
seolah-olahnya begitu..

Sedangkan PAS telah menyatakan bahawa mereka  sememangnya menolak zionis...

Tuesday, 20 March 2012

SKANDAL KAPAL SELAM - MAHKAMAH PERANCIS AKAN "KUBURKAN" NAJIB DAN BN!!


Skandal kapal selam Scorpene sudah lama "didiamkan"...
kebiasaan kes di Malaysia... 
jika dah lama diam,maknanya kes tu akan terus terkubur...

Tetapi tidak akan berlaku sedemikian jika ianya melibatkan siasatan negara luar, iaitu Perancis...

Diam tak diam sudah 10 tahun pembelian kapal selam scorpene di metrai...
dan diam tak diam juga sudah 6 tahun warga Monggolia,Altantuya mati dibunuh dan diletupkan dengan C4....

PINDAH MILIK TANAH RIZAB - SULTAN BIDAS UMNO ?


Semalam..
Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan agar kerajaan negeri sentiasa berusaha  mengekalkan tanah rizab melayu dan menyekat  mana-mana pihak yang berhasrat memindah pemilikan tanah rizab melayu kepada bukan bumiputera...

"Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan

TUDUHAN PRESIDEN PAS KELIRUKAN UMAT ISLAM - INI JAWAPAN NIK AZIZ.


Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari  Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut. 

Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. 


Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa

KERAJAAN PUSAT ENGGAN KERJASAMA DALAM ISU AIR - SELANGOR MINTA NASIHAT PERUNDANGAN ANTARABANGSA



Kerajaan Selangor mendapatkan nasihat dari firma perundangan antarabangsa di London berhubung kebuntuan yang sedang dihadapi dalam usaha  mendapatkan semula hak menguruskan industri air di negeri ini..

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mengadakan pertemuan dengan sekumpulan peguan kanan untuk membincangkan peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kebuntuan rundingan yang akan memberi  manfaat kepada jutaan rakyat Selangor.

Monday, 19 March 2012

KERAJAAN ENGGAN ADAKAN TRIBUNAL SIASAT DAKWAAN BEKAS PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL BUKIT AMAN.


Hari ini kerajaan melalui Menteri di jabatan Perdana Menterinya,Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz  telah menolak permintaan agar diadakan satu tribunal...

Tribunal tersebut didesak supaya diadakan bagi menyiasat dakwaan Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf yang menyatakan bahawa Peguam Negara,Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara,Musa Hassan telah menyalah gunakan kuasa mereka bagi "menganiayai" beberapa pegawai polis yang ketika itu sedang menyiasat seorang ketua kongsi gelap....

"BEBASKAN IMAM HOSLAN" - PERHIMPUNAN AMAN 24 MARCH 2012 (SABTU)



 24 march 2012 ini...
bersamaan dengan hari sabtu...

Marilah kita bersama-sama hadir bagi menyatakan "TIDAK" kepada sistem perundangan kita yang kerap kali menekan rakyat biasa...

Sedangkan bila pemimpin-pemimpin negara menghina institusi kehakiman, menghina institusi Raja-Raja Melayu, menyeleweng ratusan juta wang rakyat serta menjual kedaulatan negara kepada warga dan negara asing..
mereka seringkali "terlepas" dan dibebaskan...
seolah-olah undang-undang negara tidak terpakai ke atas mereka...

TAN SRI ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR SECARA RASMINYA KELUAR UMNO


Berita yang menambahkan perit kepada luka UMNO...
Bekas Menteri UMNO keluar UMNO hari ini...

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini membuat keputusan keluar dari UMNO apabila menghantar surat perletakan jawatan beliau sebagai ahli parti UMNO...

Malaysiakini

Saturday, 17 March 2012

KAWASAN UNDI MB DITUKAR TANPA PENGETAHUAN - SPR WAJAR DILETAK DIBAWAH PARLIMEN.


Malaysiakini
SPR WAJAR DIROMBAK DAN DILETAKKAN DI BAWAH PARLIMEN

JINGGA 13 menganggap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR ) yang beroperasi sekarang sudah lagi tidak relevan dan wajar dirombak sama sekali.

Friday, 16 March 2012

MAJLIS TUNANG & HARI JADI - "TEAM" MUHYIDDIN DI BELAKANG PENDEDAHAN SHANGRI-LA HOTEL



Sekarang ni ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah siri pendedahan tempahan majlis peribadi Najib dan anaknya timbul..?

Pendedahan ini sebenarnya banyak menjejaskan reputasi Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO..
dan maklumat yang Rafizi dapat ini sebenarnya telah dibantu oleh pihak ketiga...

...pihak ketiga yang mendapat kerjasama dari pihak

Wednesday, 14 March 2012

PENAFIAN KOSONG - PEJABAT PERDANA MENTERI NAFI MEMBAYAR KOS MAJLIS HARI JADI NAJIB.


Hari ini...
Rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan terbaru oleh Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli berkaitan majlis sambutan hari jadi Najib pada tahun lepas..

Majlis hari jadi tersebut melibatkan kos berjumlah RM79,053 yang di bill kan di atas nama Pejabat Perdana Menteri...

Segala dokumen dari Shangri-La Hotel sila lihat sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive