Lim Guan Eng hari ini menggesa Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Tun Mahathir bahawa Proton Holdings mengalami kerugian RM3.4 bilion..
Dalam kenyataan tersebut....
Mahathir juga menyatakan bahawa pengurusan Proton yang lemah adalah penyebab kepada kerugian yang dialami oleh proton....
Beliau menerangkan bahawa....
Dr Mahathir juga menambah bahawa kerugian yang dialami juga disebabkan oleh penjualan MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali bernama Gevi SpA pada tahun 2006 dengan harga 1 Euro, sungguhpun Proton telah membelanjakan lebih RM300 juta untuk pegangan sebanyak 57%.
“Berikutan penjualan MV Augusta oleh Proton, BMW telah membayar 93 juta Euro atau RM446 juta pada waktu yang sama untuk pegangan satu pertiga saham dari MV Augusta.
Harley Davidson pula membeli baki pegangan MV Augusta untuk USD109 juta atau RM360 juta pada waktu itu.
“Dalam kata lain, syarikat yang dijual oleh Proton pada harga 1 Euro atau RM4.80, telah dijual semula kepada BMW dan Harley Davidson pada harga berjumlah RM800 juta.
Lim menggesa supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat salah-urus Proton dan kerugian berbilion ringgit yang dialami sepanjang waktu ini...
Terutamanya kerugian berjumlah RM3.4 bilion dalam bentuk simpanan tunai.
Ini adalah satu perkara serius, memandangkan Proton adalah pengeluar kereta nasional.
Siasatan haruslah menentukan sama ada kerajaan boleh mengurangkan kerugian dengan menggulung syarikat Proton secepat mungkin, atau mengambil risiko kerugian yang lebih besar seperti yang terjadi dalam perjanjian MV Augusta.
Ujar beliau, “ini adalah satu keputusan yang sangat penting yang mesti dikaji dalam siasatan tersebut kerana rakyat Malaysia pastinya tidak mahu Proton terus kerugian.
“Siasatan juga mesti melihat sama ada Khazanah Nasional, badan pelaburan kerajaan Malaysia, mendapat harga yang baik apabila ia menjual pegangan 42.7% dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd,” katanya.
“Siasatan juga mesti melihat sama ada Khazanah Nasional, badan pelaburan kerajaan Malaysia, mendapat harga yang baik apabila ia menjual pegangan 42.7% dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd,” katanya.
Pembayar cukai rugi
Khazanah telah menjual pegangannya pada harga RM1.3 bilion atau RM5.50 satu saham, iaitu separuh daripada nilai ‘book value’ Proton iaitu RM9.81 satu saham dan juga nilai asal yang dibayarnya iaitu RM8 satu saham.
Tegas Guan Eng, “sekali lagi, ini adalah satu contoh pengendalian buruk kerajaan yang mengakibatkan kerugian kepada pembayar cukai.”
Katanya, salah seorang individu yang bertanggungjawab membina simpanan tunai Proton sehingga berjumlah RM4 bilion ialah Tengku Mahaleel.
“Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya Tengku Mahaleel menjadi salah seorang ahli panel siasatan memandangkan beliau lebih memahami isu tersebut,” katanya.
Semalam akhbar New Straits Times melaporkan Dr Mahathir berkata bahawa Proton Holdings telah kehilangan sejumlah besar simpanan tunainya dari nilai RM4 bilion kepada jumlah yang begitu rendah sebanyak RM600 juta untuk menampung kerugian syarikat.
Kalau Proton buat kereta berkualiti tinggi..
pasti dapat menarik ramai pembeli...
Kini,minda rakyat sudah berubah..
semua mahukan kualiti..
termasuklah pentadbiran dari kerajaan yang berkualiti dan amanah seperti pakatan Rakyat..