Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 31 January 2012

TERJAH NFC!! NFC ENGGAN TERIMA MEMORANDUM


Hari ini Jingga 13 melakukan siri terjahan ke pejabat NFC di alamat L-3A, No 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480, Kuala Lumpur...

Jingga 13 menghantar memorandum kepada NFC bagi mendesak Company keluarga Sharizat menjawab dan mendedahkan secara jelas perbelanjaan kad kredit  yang melibatkan jumlah yang begitu besar iaitu sebanyak

Monday, 30 January 2012

SIRI TERJAH!! JINGGA 13 SERAH MEMORANDUM KEPADA NFC DI IBU PEJABAT NFC SENDIRI!


Jingga 13 terus komited dalam siri untuk membongkar penyelewengan dan juga pecah amanah yang berlaku apatah lagi melibatkan wang rakyat. 

Isu NFC sudah memasuki tahap dimana rakyat perlu tahu kemana setiap sen peruntukkan pinjaman kerajaan bernilai RM250 juta itu dibelanjakan.

Jingga 13 telah melakukan laporan polis berkenaan perbelanjaan kad kredit oleh lembaga pengarah NFC yang berjumlah RM 593,500...

Dan esok jam 10 pagi, Sdr Vickneswaran akan dipanggil untuk beri keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah

BERITA PELIK!! HARGA MURAH TAPI KERAJAAN UMUM SUBSIDI GULA MENINGKAT 54 SEN?


Apabila harga gula dunia semakin turun harga... 
maknanya harga semakin murah ler...
dan sepatutnya kalau kita beli barang murah ni duit kita jimat sebab barang tu murah..

Tetapi itu jika kita berada di dalam dunia yang normal...
tetapi jika kita berada di dalam negara Malaysia..
lain pulak ceritanya...

Jika di Malaysia...
apabila kerajaan beli gula dipasaran dunia yang semakin murah...
kerajaan jadi rugi... 

QAZAF - ADAKAH JAMIL KHIR DAPAT KEBENARAN KERANA DIA MENTERI UMNO?


Hari ini adalah hari peguam Anwar mengemukakan hujah rayuan kes Qazaf di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur...

Anwar hadir pagi tadi di Mahkamah Rayuan syariah bersama isteri beliau Wan Azizah dan para penyokongnya...

Namun prosiding tersebut terganggu apabila Hakim Datuk Zohdi Toha terus  memberi kebenaran kepada  peguam Menteri

TERBAIK!! KETUA CABANG PKR PARIT SULONG PENULIS LIRIK LAGU JUARA AJL - 26


Rupa-rupanya..
Ketua Cabang PKR Parit Sulong mempunyai bakat yang besar dalam penulisan lirik lagu...


Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara di dalam Anugerah Juara Lagu ke 26 malam tadi..

Lirik lagunya ditulis oleh Sdr. Hasmi Hashim (gambar) atau pun beliau menggunakan gelaran "Budi Hikayat"...

Sunday, 29 January 2012

HIMPUNAN AMAN RAYUAN QAZAF 301 ANWAR IBRAHIM TERHADAP SAIFUL DI MAHKAMAH SYARIAH KL.


Esok..
Anwar akan mengemukakan hujah balas didalam tuntutan beliau di dalam permohonan Qazaf terhadap bantahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain...

Mari kita hadirkan diri beramai-ramai di Mahkamah Tinggi Syariah kuala Lumpur di Jalan Sri Hartamas esok seawal jam 09:00 pagi... 

Sedikit penerangan tentang kes Qazaf Anwar terhadap Saiful ini...

Saturday, 28 January 2012

SUSAH SANGAT NAK AJAK NAJIB DEBAT - ANWAR TAWAR NAJIB "LEBIH MASA 10 MINIT" BERHUJAH


Disebabkan Najib susah sangat nak setuju untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang,Dato' Seri Anwar Ibrahim...

Hari ini Anwar menawarkan Najib satu kelebihan di dalam debat tersebut jika ianya diadakan...
Anwar menawarkan Najib berhujah lebih masa 10 minit dari beliau...

Anwar berkata..
"Najib boleh berhujah selama 20 minit,kemudian saya pula

HASIL PASIR SELANGOR!! ZAMAN BN RM2.9 JUTA VS ZAMAN PR RM16 JUTA


Apabila kita memilih kerajaan yang baik..
maka kita akan dapat hasil yang baik...

Namun jika kita memilih kerajaan yang korup dan tidak bijak menguruskan ekonomi..
maka hasil negara dan hasil negeri tidak akan dapat ditangani dengan cekap dan telus...

Ini dapat kita lihat perbezaan yang sangat ketara dari segi jumlah hasil kutipan pasir Selangor di zaman

BANTUAN BN RM500 SEPANJANG 54 TAHUN,SELANGOR BAGI RM528 DALAM MASA 4 TAHUN


Kesian kita tengok pada Najib dan Muhyiddin yang bangga sangat dengan BR1M ni...

Selama 54 tahun... 
inilah kali pertama Kerajaan BN terasa nak bagi RM500 pada rakyat..

54 tahun baru terasa nak bagi pada rakyat..?
selepas 5 buah negeri tumbang ke Pakatan Rakyat..?
selepas melayu semakin bijak..?

Maka dengan bangganya Ketua Bahagian UMNO mendabik

Friday, 27 January 2012

TERKINI!! CERAMAH UMNO VS CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI JALAN KEBUN


Kalau kita tengok kehadiran di kedua-dua ceramah ini.. kita tahulah yang mana satu menjadi pilihan rakyat jalan Kebun...

Jadi UMNO dan panglima buntal jangan nak berlagak akui Jalan Kebun UMNO yang punya...
minta tolong sikit ok....

Korang tengok le sendiri....

Ini ceramah UMNO.....

PANAS!! SEKITAR PROGRAM CERAMAH DI JALAN KEBUN.


Ceramah Pakatan Rakyat telah berpindah ke Dewan MBSA Jalan Kebun...
Dewan ditempat yang berlakunya kekecohan pada minggu lepas...

Pakatan Rakyat memutuskan untuk memindahkan lokasi ceramah di dewan dari lokasi asal di Rumah haji Johari selepas UMNO cuba melakukan provokasi dengan mengadakan ceramah di bersebelahan tapak asal ceramah Pakatan Rakyat..

NFC JANGAN CAKAP BANYAK!! DEDAHKAN SAJA PENYATA PERBELANJAAN SYARIKAT


Anak Sharizat hari ini berjumpa dengan pemimpin-pemimpin NGO pro kerajaan...

Beliau menjelaskan isu yang melanda NFC kepada pemimpin-pemimpin NGO yang sememangnya sudah siap sedia untuk relakan diri mereka ditipu....

Kenapa anak Sharizat si Wan Shahinur Izmir Salleh tu sibuk-sibuk nak berjumpa dengan NGO dan menafikan dakwaan NFC telah menyalahgunakan pinjaman mudah yang sepatutnya digunakan untuk ternakan fidlot dihadapan mereka sahaja..?

UMNO ANGGAP ANWAR TAK RELEVAN LAGI ,TAPI TERUS SERANG ANWAR,KALI INI DENGAN FITNAH VIDEO SIRI KEDUA.


Apa nak jadi dengan UMNO ni...
dari tahun 1998 sehinggalah tahun 2012..
UMNO terus serang Anwar habis-habisan...
yang peliknya....Anwar tak habis-habis pun...

Dari perhimpunan Agung UMNO..
ke media perdana UMNO...
sehingga ke  media baru..
UMNO terus serang Anwar...

Yang membingungkan rakyat adalah...
UMNO kata Anwar ni dah tak relevan dah dalam dunia politik masakini...
tetapi Anwar jugalah yang sentiasa menjadi sasaran tetap UMNO dan juga Blogger upahan UMNO selama ini..
kalau dah tak relevan kenapa masih cuba sedaya upaya nak jatuhkan Anwar..?

UMNO serang Anwar menggunakan persepsi moral...
mereka membuat fitnah atas pelbagai cara dan agenda..
mereka fitnah Anwar meliwat..

CERAMAH ANWAR DI SABAK BERNAM PENUH SATU STADIUM


Malam tadi telah diadakan ceramah Anwar dan juga beberapa pemimpin Pakatan yang lain di Stadium Mini Sabak Bernam..

Ramai rakyat yang hadir untuk mendapatkan maklumat dari Anwar sendiri...

Kehadiran korang tengok sendiri ler...

Thursday, 26 January 2012

UMNO DIJANGKA GANGGU SATU LAGI CERAMAH DI JALAN KEBUN ESOK! (27 JANUARY 2012)


Pada hari sabtu (21 january 2012) yang lalu...
UMNO menyerang ceramah PAS bersama ABU dan Hindraf di jalan Kebun yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS,Saudara Mat Sabu...

Dalam serangan tersebut seorang lelaki india cedera sehingga terpaksa dimasukkan ke Wad di Hospital Sentosa Medical Centre... 
baca artikel tersebut...

Esok 27 January 2012.. 
jam 9:00 malam, satu lagi  ceramah anjuran Pemuda Pakatan Kota Raja akan diadakan di Jalan kebun...

HOTEL RM65,100 SEMALAM DAN PAKAIAN RM325,000 - JINGGA 13 DESAK SPRM SIASAT!


Jingga 13 hari ini membuat laporan ke SPRM berhubung dakwaan kolumnis akhbar Australia,Andrew Horney  dan juga Pereka fesyen Australia Carl Kapp yang mendedahkan perbelanjaan mewah Rosmah di sebuah butik di Australia...

Rosmah dan Najib juga didakwa menginap di Hotel Darling , Sydney yang berharga RM65,100 semalam... 

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan Ketua

Wednesday, 25 January 2012

JINGGA 13 BAWA ISU PERBELANJAAN MEWAH ROSMAH KE SPRM !!


Jingga 13 hari ini mengambil satu langkah yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia dengan membawa isu perbelanjaan mewah Datin Seri Rosmah Mansor di Sydney, Australia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi mendapatkan penjelasan sebenar.

Pendedahan Morning Sydney Herald tentang perbelanjaan mewah bernilai RM 325,000 itu harus segera

Tuesday, 24 January 2012

PERBELANJAAN MEWAH ROSMAH ADALAH BENAR!! - KOLUMNIS AKHBAR AUSTRALIA


Baru semalam Rosmah mengeluarkan kenyataan menafikan kenyataan dari akhbar Australia yang mendedahkan kisah perbelanjaan mewah beliau di sebuah butik di Sydney...

Rosmah mendakwa bahawa dakwaan kulomnis akhbar tersebut,Andrew Hornery  sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar"..

Hari ini...
kolumnis tersebut membuat penegasan didalam

TEPUNG TAWAR VAN SKUAD SAYANG WANITA UMNO - NAJIB MELAKUKAN KERJA KHURAFAT!!!


Najib hari ini melakukan upacara khurafat dengan menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang  Pergerakan Wanita UMNO Kelantan.


Adakah dengan menepung tawar van tu mambawa apa-apa makna dan perkara yang berfaedah..?

Inikah pemimpin yang ingin kita pilih mengikut panduan Islam..?

ROSMAH SAMAN SYDNEY MORNING HERALD!!


najib pun tak boleh kawal rosmah
Rosmah Mansur memang patut menyaman akhbar Australia Sydney Morning Herald kerana menyiarkan berita mengenai perbelanjaan mewah beliau sebanyak RM325,000 di sebuah butik di Australia..

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," kata Rosmah kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Monday, 23 January 2012

MENTERI TAK MAHU ISYTIHAR HARTA PATUT LETAK JAWATAN - TUN M


Mahathir hari ini menggesa supaya menteri kabinet Najib yang keberatan atau pun tak mahu untuk isytiharkan harta supaya meletakkan jawatan...







Itu aku setuju...
kalau nak selindung harta "rampasan" lebih baik letak jawatan...

INILAH ASAS KEPADA "BAHAYA" JIKA MENTERI BN ISYTIHARKAN HARTA


Baru-baru ini pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajibkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Namun gesaan itu telah ditolak oleh Nazri Aziz sebagai berkata...
"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan..." 

Nazri Aziz enggan menerima cadangan supaya menteri-menteri dan pasangan mengisytiharkan harta...
tengok juga artikel berkaitan [PEMIMPIN BN TAK BOLEH ISYTIHARKAN HARTA]

Rupa-rupanya..
bahaya yang dimaksudkan oleh Nazri Aziz tu ada asasnya...

PERBELANJAAN ROSMAH -KENYATAAN PALING BODOH DARI ROSMAH !


Rosmah hari ini menafikan bahawa dia telah belanjakan wang sebanyak A$100,000 atau pun dalam nilai  ringgit sebanyak RM325,000 di sebuah butik di Sydney,Australia...

Kisah perbelanjaan Rosmah di butik tersebut disiarkan di dalam Australia Sydney Morning Herald..

Dalam satu ruangan di akhbar tersebut, kolumnis Andrew Hornery yang telah menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping" (wanita pertama membeli belah) mendakwa

NIK AZIZ KATA TAK ADA MASALAH ISYTIHAR HARTA,MENTERI BN BILA LAGI?


Sebelum ini Nazri Aziz menyatakan bahawa cadangan supaya para Menteri mengisytiharkan harta sebagai bahaya kepada diri mereka...

Sedangkan para Exco Pulau Pinang yang telah pun mengisytiharkan harta mereka sehingga kini tidak pula berada di dalam keadaan bahaya...

Terkini..
MB Kelantan pula menyatakan kesediaan beliau untuk mengisytiharkan harta beliau kepada SPRM..

Sunday, 22 January 2012

UMNO MENIPU RAKYAT DENGAN KONSEP 1MALAYSIA


Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib bagi menggantikan slogan Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah banyak meragukan kita semua..

Seorang Perdana Menteri yang datang dari parti yang sangat perkauman didalam perjuangannya mahu bercakap pasal konsep 1Malaysia...

Dalam konsep keadilan acuan UMNO...
jika anda seorang Cina ataupun India muslim yang warak dan

PERKASA CABAR NFC BUAT LAPORAN POLIS NAFIKAN PERBELANJAAN KAD KREDIT RM600,000


Buat pertama kalinya PERKASA menunjukkan keberanian mencabar Syarikat NFC yang dianugerahkan oleh Muhyiddin Yassin satu projek ternakan lembu bernilai RM250 juta, untuk membuat laporan polis....

Laporan polis tersebut didesak dilakukan bagi menafikan dan membalas laporan polis yang dibuat oleh NGO Jingga 13 yang mengemukakan bukti asas bahawa keluarga Sharizat telah menggunakan kad kredit sebanyak RM600,000 dan membayarnya pula melalui akaun NFC....
 
Bos Perkasa...
Ibrahim Ali secara spesifiknya menyebut laporan itu mesti dibuat oleh pengarah eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh kerana beliau sebelum ini pernah menafikan...

CUBAAN UMNO WUJUDKAN KETEGANGAN KAUM ANTARA INDIA & MELAYU GAGAL!!


Ramai dah tahu yang malam tadi samseng UMNO telah menyerang ceramah PAS,ABU & Hindraf di Dewan Jalan Kebun...
Korang baca artikel [DISINI]


Kerja-kerja samseng dan jahat yang dilakukan oleh UMNO ini ada "agenda tersirat" sebenarnya yang mahu dijayakan oleh mereka...

UMNO mahu mewujudkan ketegangan antara kaum India dan Melayu..

Konon-kononnya nanti mereka mahu mengatakan kepada seluruh negara orang India mengamuk dan memukul orang

LELAKI INDIA SRI MUDA DI PUKUL OLEH ORANG UMNO SEMASA DI CERAMAH MAT SABU DI JALAN KEBUN!


Malam tadi lebih kurang 20 hingga 30 orang UMNO Jalan Kebun bersenjatakan kayu dan helmet,telah menyerang ceramah PAS,ABU & Hindraf di Jalan Kebun,Klang..

Ceramah yang mendapat permit Polis itu diganggu oleh orang UMNO yang cuba tunjuk samseng dengan membawa motor masuk ke dalam dewan dan menghalau orang ramai yang datang mendengar ceramah...

Inilah muka lelaki yang mengganggu ceramah tu...

Saturday, 21 January 2012

SKANDAL NFC,BN BERTINDAK PERLAHAN DAN TIDAK TELUS SEPENUHNYA - CHUA SOI LEK


Skandal NFC yang didedahkan buat pertama kalinya oleh Ketua Audit Negara sebagai mempunyai masalah akaun yang "kelam kabut" di dalam Laporan Ketua Audit Negara pada bulan October 2011...

Kemudian PKR dan Jingga 13 mendapat maklumat dalaman bahawa sememangnya projek NFC mempunyai masalah dan tidak dapat mengendalikan projek ternakan lembu yang bernilai RM250 juta ke peringkat sasaran 60 ribu ekor lembu setahun...

Yang mampu dicapai hanyalah...
di dalam masa 3 tahun jumlah lembu yang berjaya dikeluarkan hanyalah berjumlah 8 ribu ekor sahaja..
sangat jauh dari sasaran kerajaan...

Kemudian dari maklumat dalaman juga mendapati NFC telah membeli harta yang tiada langsung berkaitan dengan

Friday, 20 January 2012

MAHKAMAH RAYUAN UNTUK FITNAH LIWAT,MUNGKIN SEJARAH PERAK AKAN BERULANG?


Saiful bersama pegawai Najib
Kes fitnah liwat kedua yang menjadi modal UMNO selama ini untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim telah gagal, ianya juga adalah kegagalan buat kali kedua apabila pada 9 January 2012,mahkamah putuskan bahawa Anwar tidak bersalah...

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya pada 9 January 2012 yang lalu menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik...

Mahkamah juga tidak dapat menerima keterangan Saiful tanpa bukti yang dapat mengaitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam kes fitnah liwat siri kedua tersebut...

ANWAR JAWAB FITNAH HASSAN ALI.


KUALA LUMPUR 20 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berkompromi dengan isu seks bebas dan homoseksual serta tetap mempertahankan institusi perkahwinan di negara ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas fitnah pihak tertentu terhadapnya ekoran satu wawancara dengan media luar negara, baru-baru ini.

Sebagai muslim dan saya yakin majoriti bukan Islam di Malaysia yakin dan percaya bahawa perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu adalah kemuliaan insan....

Thursday, 19 January 2012

PEMIMPIN BN TAK BOLEH ISYTIHARKAN HARTA, SEBAB BAHAYA KATA NAZRI AZIZ.


Pulau Pinang minggu lepas telah mengisytiharkan jumlah harta exco-exco mereka kepada umum...
sehinggakan didapati ada exco Pulau Pinang yang tinggal dirumah sewa seperti kebanyakan rumah rakyat negara ini....

Pengisytiharan tersebut dilakukan tanpa ada masalah dan tanpa ada rasa takut,kerana exco negeri Pulau Pinang semuanya tak ada harta-harta yang melebihi dari kemampuan pendapatan mereka...

Namun,bila dicadangkan pengisytiharaan harta diwajibkan ke atas menteri-menteri negara ini...

Dah ada bunyi mengatakan bahawa perkara seperti itu membahayakan menteri-menteri yang mengisytiharkan harta...
individu yang merasakan perkara itu membahayakan diri mereka adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Nazri Abdul Aziz....

Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajibkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kalau kita bersalah...
memanglah kita akan takut untuk dedahkan harta kita...
kenapa exco Pulau Pinang selamba je isytiharkan harta mereka...?
kenapa BN terlalu takut untuk isytiharkan harta..?

AZWAN ALI "SOPAN" SELEPAS DITAHAN POLIS.


Azwan Ali yang selama ini dikenali sebagai celebriti yang  lantang dalam melontarkan kata-kata di dalam dunia hiburan,kini mendapat pengajaran baru di dalam dunia politik...


Aku pada mulanya kurang berminat nak ulas isu ugutan Azwan Ali terhadap Umi Hafilda tu..
sebab aku pun tahu tahap kelantangan dan "laser"nya mulut Azwan Ali ni...

Tapi malam tadi aku agak tertarik dengan kisah dua beradik

Wednesday, 18 January 2012

BN TERLIBAT BAWA WANG HARAM RM1.07 TRILION KE LUAR NEGARA?


SHAH ALAM, 18 JANUARI : Ahli Parlimen Selayang, William Leong mempertikaikan samaada ada dikalangan pemimpin BN terlibat dalam pengaliran wang haram keluar negara berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) sejak 10 tahun lalu.


Katanya berdasarkan pendedahan Bank Negara bahawa pengaliran wang haram tersebut membuktikan tiada usaha dilakukan oleh kerajaan BN untuk menangani isu tersebut.


“Pengaliran wang haram ke luar negara dalam tempoh 10 tahun berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) membuktikan amalan rasuah dan aktiviti haram di negara ini berlaku secara berleluasa.

UMNO BERI RM200 - RM1,000 UNTUK BELI UNDI DALAM PRU - TAN SRI ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR


Kalau Anwar yang kata UMNO ni sememangnya parti yang mengamalkan budaya rasuah dan menggunakan taktik kotor untuk memenangi Pilihanraya,mesti makcik felda dengan Ketua JKKKP tak percaya...

Mereka "dibawah" yang tidak tahu cara politik pemimpin atasan UMNO memang tidak akan percaya..
bagi mereka UMNO ni perjuangkan bangsa melayu,walaupun selama ini ekonomi melayu telah jatuh ke tempat ketiga selepas bangsa Cina dan India.. [BACA SINI]

Tapi bila pendedahan dilakukan sendiri oleh Bekas Menteri UMNO yang masih lagi menjadi ahli UMNO bahawa UMNO ini memang menggunakan taktik kotor yang melibatkan wang

Tuesday, 17 January 2012

SKANDAL KAD KREDIT NFC, LAPORAN POLIS DIBUAT JINGGA 13.


Semalam aku ada kongsi kisah kaum keluarga Sharizat menggunakan kad kredit hampir RM600,000 setahun pada tahun 2009.. [KAD KREDIT KELUARGA KAK JAT]

Satu jumlah yang amat besar..
kalau dorang guna duit mak bapak dorang takper le jugak,sape nak kisahkan...

Tapi bila terdapat bukti menunjukkan bahawa dorang ni menggunakan wang pinjaman mudah dari dana rakyat yang sepatutnya digunakan untuk Penternakan Lembu Negara untuk membayar kad kredit tu yang berjumlah RM593,500..
itu memang tak patut....

Di negara kita ni kira-kira 40 orang di bawah lingkungan usia

INI JASA UMNO TERHADAP BUMIPUTERA KALAU KORANG NAK TAHU!


Siapa kata UMNO tak ada jasa terhadap perkembangan ekonomi Bumiputera di Negara kita ini..?

UMNO dah banyak melakukan usaha bagi meletakkan taraf ekonomi golongan Bumiputera di peringkat ketiga terendah berbanding dengan Bangsa Cina Dan India..

Monday, 16 January 2012

NOH OMAR TAK BERANI ULAS ISU NFC,SERAH PADA MUHYIDDIN.


Bila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri tak berani nak menjawab dan menyerahkan kepada orang Nombor 2 dalam negara,maknanya isu NFC ini bukanlah isu yang "kecik"....

Keterlibatan individu-individu di sebalik NFC ini juga bukanlah setakat level-level seperti Ibrahim Katak sahaja..
umum mengetahui tender ini dianugerahkan kepada keluarga Sharizat sewaktu muhyiddin Yassin menjadi Menteri pertanian...

KAD KREDIT KELUARGA SHARIZAT RM593,500,


Keluarga Sharizat ni kalau belanja duit rakyat macam beruk dapat bunga...
habis dibelasahnya...
lepas tu pulak dorang berbelanja seolah-olah tiada lagi hari esok untuk membuat dosa....

Sebelum ini didedahkan tentang pembelian kondo mewah di bangsar dan juga Singapore..
juga didedahkan tentang pembelian tanah di Putrajaya dan juga Mercedes mewah...

Kini didedahkan pula tentang penggunaan kad kredit oleh kaum keluarga Sharizat jalil yang mencecah RM593,500 yang dibiayai sepenuhnya oleh wang rakyat melalui NFC...

Friday, 13 January 2012

CHE MAT KATA ORANG RAMAI BAYAR ZAKAT KERANA PERCAYAKAN BELIAU DAN JAMIL KHIR.


Tak pernah pulak aku tahu kita ni bayar zakat sebab kita percayakan manusia...
setahu aku kita bayar zakat kerana percayakan Allah...
sebab dalam Al Quran ada sebut pasal kewajipan bayar zakat ni...

    "....Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk...." Surah Al - Baqarah, Ayat 43.


Jadi walau macam mana sekalipun....

Thursday, 12 January 2012

SHARIZAT CUTI DARI MENTERI 3 MINGGU MULAI ESOK.


Sharizat telah memohon cuti dari menjalankan tugas sebagai menteri mulai esok...
setelah hampir 3 bulan skandal NFC didedahkan ini adalah kali pertama Sharizat ambik cuti panjang sebagai menteri...


Mungkin beliau dah tak mampu untuk menangani skandal keluarga beliau sendiri yang telah menggunakan sebahagian dari wang pinjaman mudah yang sepatutnya digunakan

SPRM WAJAR AMBIL SERIUS KENYATAAN TAN SRI DATO' SERI MEGAT NAJIMUDDIN


KEADILAN sebelum ini menggesa SPRM untuk menyiasat Dato’ Salleh Ismail dan pengurusan NFC yang berkemungkinan cuba menggunakan orang tengah untuk merasuah penyiasat dalam skandal penyelewengan NFC...

Sehingga sekarang, KEADILAN masih belum menerima apa-apa maklumat yang mengesahkan bahawa satu tindakan telah diambil oleh SPRM berikutan pendedahan itu...


Hari ini, KEADILAN ingin mendedahkan bahawa gesaan untuk menyiasat Dato’ Salleh Ismail dibuat setelah mengambil kira kenyataan umum oleh salah seorang ahli

LAPORAN POLIS TERHADAP "JAMIL KHIR ASNAF" PADA PAGI INI!


Umum telah mengetahui bahawa Jamil Khir dan 2 orang sahabat selewengnya telah menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 untuk membayar kos gumanan beliau dan 2 rakannya..

Walaupun Jamil Khir mengatakan bahawa beliau tidak menggunakan wang zakat,tetapi mengikut laporan Ketua Audit Negara adalah sebaliknya...

Ketua Audit Negara secara jelas menyebutkan dalam laporannya tentang wang zakat dan bukan wang berasingan dari sumber luar..

Takkan Ketua Audit Negara berbohong pulak..?

Wednesday, 11 January 2012

ANWAR PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT DAN PEMIMPIN HEBAT - TAN SRI KADIR SHEIKH FADZIR


Memang lah benar...
jika kita berada di pihak yang benar..
insyaallah, Allah akan memudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat...

Walaupun kita difitnah dan dicerca,di maki oleh manusia yang tamakkan kuasa di dunia ini
Allah tidak akan menzalimi kita...
Allah tidak merendahkan darjat kita ekoran fitnah yang direka sesama manusia...

AZWAN ALI MARAH NAJIB DAN ROSMAH DALAM TWITTER.


Kita semua gembira dengan pembebasan DSAI di atas fitnah liwat siri kedua....

Walaupun kita mengetahui bahawa Najib akan menggunakannya untuk memancing pengundi atas pagar...

Namun kita semua perlu ingat bahawa ini hanyalah satu konspirasi dan kes ini adalah fitnah dan tidak sepatutnya dibicarakan dari awal pun...

Sunday, 8 January 2012

SERUAN JINGGA 13 SEMPENA HIMPUNAN 901


Jingga 13 sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang selama ini mengikuti rapat perkembangan kes mahkamah pertuduhan liwat Dato Seri Anwar Ibrahim, yang akan dibacakan penghakimannya pada 9 Januari 2012, hari ini menyatakan pendirian untuk menyokong Perhimpunan Aman 901.

Jingga 13 juga menyambut baik kebenaran pihak PDRM yang membenarkan perhimpunan aman ini, disebalik kemudiannya wujud sepuluh syarat yang tidak dinyatakan

Saturday, 7 January 2012

10 SYARAT TIDAK DINYATAKAN DALAM PERSETUJUAN BERSAMA PDRM,JADI 10 SYARAT TIDAK TERPAKAI


Kalau kita lihat pada sidang media Ketua polis Kuala Lumpur bersama Azmin Ali semasa mengumumkan kelulusan PDRM untuk rakyat berhimpun 9 January 2012 ini...
tiada langsung menyebutkan tentang 10 syarat berhimpun seperti yang disiarkan di Buletin Utama semalam..

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini berkata bahawa pihak polis tidak mengenakan sebarang syarat ketika mereka bersetuju membenarkan perhimpunan diadakan Isnin ini.

BN GAGAL TUNAI JANJI BINA RUMAH GENERASI KEDUA FELDA - INI JAWAPAN MB SELANGOR TERHADAP FITNAH NAJIB


Semasa mengadakan lawatan ke Felda di Hulu Selangor,Najib menipu makcik Felda dengan mengatakan Kerajaan Negeri tidak meluluskan permohonan untuk membina rumah generasi kedua Felda di Hulu Selangor..

Pembinaan rumah-rumah tersebut sebenarnya telah dijanjikan oleh BN dan UMNO semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April 2010..

Namun sehingga kini rumah-rumah tersebut masih belum lagi dibina walaupun sudah setahun lebih Pilihanraya kecil Hulu Selangor berlalu....

MB Selangor,Khalid Ibrahim (gambar) dalam respon terhadap fitnah yang

FITNAH : SAIFUL DAN BLOGGER UPAHAN UMNO BAKAL DISAMAN?


Saiful bersama pegawai Najib sebelum laporan liwat dilakukan
Saiful ni memanglah jenis manusia yang akan berkata apa sahaja demi perut dia..

Kalau dia buat fitnah, kering jer muka dia..
seolah-olah dia tak takutkan azab api neraka..
heran aku....

Selepas membuat fitnah terbesar di dalam negara kita ini

Friday, 6 January 2012

12 JANUARY ANWAR DIBERI PENGHORMATAN SEBAGAI KETUA NEGARA.


Walaupun keputusan samada Anwar akan dipenjarakan ataupun tidak hanya akan diketahui pada 9 January 2012 nanti iaitu Isnin ini..

Namun,sudah ada jemputan buat Anwar yang boleh disifatkan sebagai setaraf "Perdana Menteri" di luar negara..

Jemputan tersebut datangnya dari Negara Turki melalui Perdana Menterinya,
Recep Erdogan,

TEMPAT LETAK KERETA SEBAGAI LOKASI PERHIMPUNAN 901 TELAH DIBENARKAN OLEH POLIS - AZMIN ALI (video update)


Berikutan kenyataan Ketua Polis Negara yang mengatakan bahawa polis tidak akan mengharamkan perhimpunan pada 9 january 2012 nanti..lihat kenyataan Ketua Polis Negara.

Maka pimpinan PKR yang diketuai oleh YB Azmin Ali telah pun mengadakan pertemuan dengan Ketua polis Kuala Lumpur pada pagi tadi...

Dan pada jam 3:40pm sebentar tadi,YB Azmin Ali mengadakan sidang media khas berkenaan dengan perkara tersebut...

Dalam sidang media tersebut Azmin mengatakan bahawa..
pihak polis telah bersetuju untuk membenarkan

POLIS JANJI TIDAK HARAMKAN PERHIMPUNAN 9 JANUARY 2012! - KETUA POLIS NEGARA


Ketua Polis Negara menyatakan bahawa Polis tidak akan mengharamkan perhimpunan 9 Jan 2012 yang akan diadakan sempena penghakiman kes fitnah liwat dua Anwar Ibrahim..

Malaysian Insider

Maknanya,kita boleh hadirkan diri beramai-ramai..

Thursday, 5 January 2012

JINGGA 13 SERAH SURAT KEPADA KETUA AUDIT NEGARA BERHUBUNG KENYATAAN JAMIL KHIR


Baru-baru ini Jamil Khir ada mengeluarkan kenyataan menafikan beliau menggunakan wang zakat bagi membiayai kos guaman  sepertimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara..

Kenyataan Jamil Khir itu juga dilihat bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri Jabatan perdana Menteri , Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, pada 21 Jun 2011 yang mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan wang zakat ketika menjawab soalan YB Saifuddin Nasution.

Jadi,demi merungkaikan kekeliruan yang berlaku di atas percanggahan kenyataan dua orang Ahli Parlimen BN ini...

Maka Jingga 13 telah menghantar surat kepada Ketua Audit

POLIS BERKAWAL DI UITM SHAH ALAM MALAM INI HALANG KEBANGKITAN MAHASISWA


Hari ini Naib Canselor UiTM Shah Alam...
Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar menyatakan bahawa beliau mendapat maklumat satu demo mahasiswa membantah  AUKU akan diadakan di hadapan UiTM..

Beliau dengan seberapa pantas sudah melaporkan kepada pihak polis bagi menghalang demo ini dari diteruskan...

Wednesday, 4 January 2012

BEBASKAN ANWAR 901 ADALAH KEHADIRAN RAKYAT SECARA AMAN.


 Aku menjadi pelik dengan sikap kerajaan kita ni..
mereka sangat fobia apabila rakyat mahu keluar dan menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kezaliman-kezaliman yang dilakukan kerajaan selama ini..


Kerajaan kini sedang menggiatkan kempen "anti demo bebaskan Anwar 901" dengan menggambarkan bahawa akan berlaku huru-hara pada hari tersebut..

Polis memberikan contoh gambar-gambar dan video-video rusuhan di luar negara..


Soalnya,kenapa perlu tunjukkan gambar dan video rusuhan di luar negara..?

SUAMI SHARIZAT TUANPUNYA RM1.76 JUTA DAN DOKUMEN ASAS NFC DISERAH PADA POLIS [DOWNLOAD DOKUMEN]


Dato' Shamsul Baharin,yang juga dikenali sebagai Dato' NFC baru-baru ini telah didakwa cuba menyogok polis dengan wang sebanyak RM1.76 juta supaya pihak polis tidak melakukan siasatan terhadap NFC...

Itu semua memang telah kita ketahui adalah mainan wayang oleh Pengerusi Eksekutif NFC,Datuk Seri Salleh Ismail bagi mengelak dari disiasat oleh Polis dan SPRM..
boleh tengok sini muka orang yang gembira bila kena dakwa 
[kerja Dato' NFC telah selesai]

Hari ini tembelang suami Sharizat itu telah didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR yang mendedahkan kepada umum bahawa wang RM1.76 juta yang cuba diberikan kepada

Tuesday, 3 January 2012

BERITA-BERITA PELIK MENJELANG "901 BEBAS ANWAR"


Pada 9 January 2012..
keputusan mahkamah berkaitan dengan kes fitnah liwat episod kedua akan diumumkan...

Pakatan Rakyat dilaporkan akan menggerakkan rakyat seramai 100,000 ribu orang untuk menzahirkan sokongan kepada Ketua Pembangkang [baca disini] dan juga menzahirkan bantahan terhadap politik kotor kerajaan dalam meneruskan "nyawa" mereka di dalam pemerintahan negara

NFC - SUDAH 2 BULAN 10 HARI POLIS HANYA SIAP 80% DAN MINTA MASA LAGI


Kertas siasatan kes skandal NFC yang melibatkan secara langsung keluarga Ketua Wanita UMNO,Dato' Seri Sharizat Jalil hanya siap sebanyak 80%...
dan polis minta "masa" lagi..
tak tahu sampai bila...

Itulah bezanya jika pemimpin UMNO buat jahat...
kalau kena tangkap pun ,semua pihak berkuasa akan hilang keupayaan dan kuasa untuk menyiasat...

Kerja jadi slow.... 
semuanya lambat...

100,000 RAKYAT AKAN TURUN PADA 9 JANUARY 2012 - AZMIN ALI & DR. RANI


Pada hari ini telah diadakan satu sidang media bagi menghadapi keputusan mahkamah ke atas fitnah liwat 2 pada 9 January 2012 nanti...

Sidang media tersebut telah diadakan secara bersama pimpinan PR termasuk juga PAS negeri yang diwakili oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, YB Dr. Rani..

Azmin dan Dr. Rani memberikan sidang media di HQ Keadilan

Dalam sidang media tersebut Azmin menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan membawa turun seramai 100,000 ahli pada 9 hb january 2012 nanti..

Menurut Azmin juga,"walau apa pun keputusan pada 9hb january nanti,pimpinan KEADILAN bersama-sama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat..."

"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan KEADILAN akan terus menerajui agenda rakyat.
persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melaului permuafakatan dalam parti. semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evolutionary process," dan bukannya suatu "revolutionary process."
 
Menurut Azmin Ali lagi..
"Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melaksanakan segala kebajikan,dasar dan agendayang telah digarap sepertimana yang terkandung dalam Agenda Ekonomi malaysia,Dasar Bersama PR,Buku Jingga dan Belanjawan PR"...

Di dalam sidang media tersebut, Pesuruhjaya PAS Selangor ,Dr. Rani..
menegaskan bahawa ahli PAS akan turun seramai yang boleh pada 9hb January nanti bagi menjayakan kehadiran 100,000 rakyat berhimpun pada hari tersebut...

Marilah kita sama-sama turun dan tunjukkan sokongan kita kepada Pakatan Rakyat...


9hb ini nanti,kita bukanlah hanya menzahirkan sokongan kepada Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang..
tetapi ianya adalah lebih besar dari itu..
kita turun kerana kita menentang satu rejim yang zalim..
rejim yang menjadikan fitnah sebagai talian hayat mereka...

 

Monday, 2 January 2012

BUKTI POLIS DOUBLESTANDARD : DEMO MAHASISWA UPSI vs DEMO UMNO DI DEPAN UPSI [VIDEO]


Pada malam sambutan tahun baru 2012 baru-baru ini..
Mahasiswa telah mengambil keputusan untuk berhimpun secara aman bagi menyuarakan bantahan terhadap Akta AUKU dan juga terhadap kebebasan akademik yang semakin kecil...

Namun... amat malang sekali apabila polis menghalang mereka dan memulakan kekecohan dengan menangkap mahasiswa-mahasiswa ini..

Sejak bila di negara kita ini perhimpunan aman dihalang..?

Sunday, 1 January 2012

TERKINI! MAHASISWA UPSI DITAHAN DIBAWA KE SLIM RIVER,SETAKAT INI 6 ORANG DIBEBASKAN (update gambar)


Malam tadi kerajaan UMNO melalui "alat" kerajaan iaitu FRU telah dengan sengaja menimbulkan provokasi terhadap perhimpunan aman bagi menuntut kebebasan akademik bagi mahasiswa di negara ini..



Dengan bersenjatakan belantan dan perisai,FRU membelasah mahasiswa yang tidak bersenjata.. lihat DISINI.
sudah tentulah FRU-FRU ini mendapat arahan dari pihak atasan..

Seramai 17 orang ditahan termasuklah Setiausaha Jingga 13, Saifuddin Shafi...
beliau sebelum ini adalah merupakan bekas aktivis mahasiswa..

FRU BELASAH MAHASISWA DI UPSI KERANA BERHIMPUN SECARA AMAN MALAM TADI!


Sempena menyambut tahun baru,mahasiswa di UPSI,Tanjung Malim telah
mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut kebebasan akedemik..

Perhimpunan aman yang dinamakan perhimpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) bermula petang semalam dengan berkumpul di hadapan UPSI sambil menyanyikan lagu Negaraku, memdeklamasi puisi dan berpidato...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive