Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 23 December 2012

ZIZAN SERTAI BIKERS TOLAK AES!!


Tengah hari tadi geng-geng bikers yang bengang dengan Mazidul dan TV3 kerana melabelkan mereka sebagai "pelesit jalanan" di dalam satu rakaman video bagi rancangan Majalah 3,telah berkumpul dihadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad bagi menyerahkan memorandum bantahan dan tuntutan maaf terhadap wartawan,Mazidul.

Bikers juga menyatakan mereka tidak bersetuju dengan perlaksanaan AES yang cuba dipromosikan oleh TV3 sehingga membawa kepada rakaman video kontroversi tersebut..

Video itu pula sebenarnya adalah rakaman semula dan bukannya rakaman secara "live" seperti dakwaan Mazidul di dalam satu slot Majalah 3 baru-baru ini..

Demo yang dihadiri oleh kira-kira 300 penunggang motorsikal berkuasa tinggi itu dikejutkan dengan kelibat pelawak terkenal tanahair,Zizan Razak..

Zizan dikatakan menyertai bikers yang berhimpun di hadapan Sri Pentas sebaik sahaja beliau selesai mengacarakan rancangan "melodi"..

Yang mengejutkan adalah Zizan turut memegang A4 paper yang tertera "RAKYAT TOLAK AES"

Ini bermakna..
Zizan bersama-sama rakyat dalam menolak perlaksanaan AES di negara ini..


Bikers pun dah tak percaya dengan TV3


Kalau Zizan pun tolak perlaksanaan AES..
takkan korang nak sokong lak kot..?

1 comment:

  1. kesian kat ko ... aku pun tolak AES, tapi tak lah cara murah camni ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive