Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 2 December 2012

SELANGOR MENJADI NEGERI PERTAMA LANCAR BANTUAN SAUDARA BARU ISLAM!!



Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai semalam...
Najib sekali lagi cuba menggunakan sentimen agama dan perkauman bagi meraih undi melayu apabila beliau dilihat cuba menakut-nakutkankan orang melayu apabila mengatakan pemberian undi kepada pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti akan membawa kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan ke atas kaum tertentu.

Tapi apa yang menghairankan adalah 4 buah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat berada dalam keadaan harmoni tanpa pepecahan kaum mahupun pergeseran antara kaum..

Malah perkembangan agama Islam semakin hebat di dalam 4 buah negeri ini dengan aktiviti di Masjid semakin hari semakin rancak dengan majlis ilmu..

Selangor tidak terkecuali..
apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperhebatkan bantuan kepada saudara baru Islam dengan pelancaran "Muallaf Care"..

"Muallaf Care" diwujudkan bagi memberi bantuan,sokongan dan kekuatan kapada saudara baru Islam dalam menjalani kehidupan baru mereka...

Najib juga menggambarkan bahawa hanya BN sahaja yang berjuang untuk agama Islam di negara ini..
tetapi tahukan Najib,bahawa Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat menjadi negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan skim bantuan saudara baru islam melalui  "Muallaf Care"  ini...

Muallaf Care Bantu Saudaru Baru

KLANG 2 DIS : Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melancarkan “Muallaf Care” bagi memberi bantuan dan sokongan bagi saudara baru Islam di Selangor memulakan kehidupan baru.

Inisiatif tersebut bagi menyalurkan bantuan dengan lebih cekap
pada tahun pertama pengislaman untuk meringankan beban mereka seperti :-

  • Bantuan bulanan, 
  • Sewa rumah, 
  • Berkhatan dan 
  • Perubatan.

Bagi muallaf seperti Fatin Ardini Monica Abdullah, 24, bantuan dan sokongan itu adalah penting di dalam keadaan mereka berasa terasing dan jauh dari keluarga.

Pelajar Diploma Pengurusan dari Kolej Astin itu berkata, bantuan pelajaran RM 20,800 dari Mais memberikan kekuatan dirinya untuk meneruskan pelajaran selain meningkatkan pengetahuan mengenai Islam.

“Saya jauh dari keluarga dan dengan cara ini saya tidak berasa keseorangan kerana sebagai saudara baru bimbingan amat perlu.

“Perhatian diberikan mencerminkan Islam begitu pentingkan penyatuan dalam kehidupan,” kata gadis berbangsa Iban dari Sarawak yang memeluk Islam pada Julai tahun lepas.

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, program yang bertemakan “We Love Muallaf” merupakan strategi baru bagi mendekati dan memastikan perkhidmatan yang baik terus diberikan kepada muallaf.

“Di samping memastikan golongan muallaf ini dibantu dari pelbagai aspek, program ini akan banyak membantu dalam menyebarkan  Islam secara lebih teratur kepada bukan Islam.

“Dengan program dakwah diatur, Mais berharap akan dapat terus meningkatkan bilangan muallaf dan umat Islam di Selangor,” katanya selepas majlis pelancaran Muallaf Care di Pusat Konvensyen Setia Alam, Setia Alam di sini semalam.

Mohamad Adzib berkata terdapat kira-kira 7,000 muallaf di seluruh Selangor ketika ini.

Pelancaran Muallaf Care menjadikan Mais sebagai Majlis Agama Islam Negeri pertama melaksanakan sistem seperti itu.

Mohamad Adzib berkata, peruntukan keseluruhan bagi asnaf muallaf tahun ini ditingkatkan sebanyak RM 23.7 juta berbanding RM 21 juta pada tahun lepas.

“Mais telah mewujudkan skuad Mesra Muallaf yang akan turun padang memantau keperluan dan aduan diterima berkaitan muallaf,” katanya.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah yang mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan diiringi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tengku Sulaiman Shah turut berkenan menyampaikan bantuan bina rumah kepada 10 muallaf berjumlah RM 442,000 dan lapan penerima bantuan pelajaran bernilai RM 154,000 dalam majlis berkenaan.
Majlis tersebut turut meraikan 30 pasangan pengantin baru muallaf.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Muallaf Selangor, Profesor Madya Dr Halim Tamburi dan  Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Kalau nak tengok tahap peruntukan untuk Agama Islam di Pulau Pinang..
sila lihat sini..
[PERUNTUKAN ISLAM PULAU PINANG]

3 comments:

  1. Betul ke? Sy pun muallaf.. dr 2010.. tetapi x perna dpt smbarangan bantuan pun.. bila sy cuba mendpt kn bantuan.. xda sape pun nk bimbing

    ReplyDelete
    Replies
    1. aadkah memberi bantuan kepada muallaf harus di tetapkan di mana muallaf itu menetap ada satu kes dimana muallaf meminta bantuan kecemasan di sebabkan tak ada tempat tinggal tapi hampa hingga muallaf tersebut murtad dan dia memeluk agama islam di selangor...sembang blh la

      Delete
    2. seorang ibu dan 4 anak masuk islam bila hubungi MAIS ,Mereka(MAIS ) hanya tanya menetap di selangor ke..di dalam agam islam tidak ditentukan di mana asnaf atau muallaf tersebut menetap.selangor lepas tangan bila muallaf tersebut keluar dr selangor...memalukan kalau buat sesuatu hanya nak cari nama baik takyah buat...dah sah sah dia memiliki kad islam yg di keluarkan di selangor

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive