Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 1 December 2012

SELANGOR ADAKAN PILIHANRAYA BERSAMA JIKA PARLIMEN BUBAR MARCH 2013!!



Kerajaan Selangor akan mengadakan pilihanraya DUN bersama dengan Parlimen sekiranya Kerajaan Pusat mengambil keputusan untuk membubarkan Parlimen Malaysia pada bulan March 2013..

Kerajaan Selangor sebelum ini membuat pendirian akan mengadakan pilihanraya DUN berasingan sekiranya Kerajaan Pusat memilih mengadakan pilihanraya pada tahun ini..

Ini kerana mandat yang diberikan oleh rakyat Selangor adalah mandat selama 5 tahun,jadi sememangnya Kerajaan Negeri Selangor patut menggunakan tempoh mandat yang ada untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di Negeri Selangor.


Menurut Tan Sri Khalid Ibrahim
“Saya tak nampak Parlimen dibubarkan pada Disember ini, jadi kalau dibubarkan pada Mac depan, Selangor tiada pilihan lain,”.

Dalam tempoh pentadbiran hampir 5 tahun ini,kerajaan Pakatan Rakyat banyak melakukan kebajikan kepada rakyat Selangor di samping pentadbiran yang cekap dan telus..

Banyak kebajikan yang kita dapati sebaik sahaja pentadbiran negeri bertukar tangan..


Antara yang paling popular adalah pemberian 20 meter padu air percuma (bersamaan RM11 setiap bulan) di mana banyak keluarga menikmati bil semasa berjumlah RM0.00..
ini sebagai contohnya..
[BIL AIR SEMASA RAKYAT SELANGOR]

Tidak dilupakan juga..
atas jasa dan keperihatinan Kerajaan Negeri,gaji guru-guru KAFA di Selangor telah dinaikkan sebanyak RM600..
gaji guru KAFA semasa di zaman UMNO hanyalah sebanyak RM700 sebulan..
berpuluh-puluh tahun mereka dapat gaji yang sedikit,sedangkan harga barang dan kos sara hidup meningkat setiap tahun.. 

Kini dalam hanya kurang 5 tahun,gaji guru KAFA di Selangor telah menjadi RM1,300 sebulan..
lihat sini "pay slip" gaji guru KAFA selepas Pakatan Rakyat tadbir Selangor..
[GAJI GURU KAFA SELEPAS PAKATAN PERINTAH SELANGOR]

Kalau kita bercakap soal kecekapan dan telus pula..
hasil pasir adalah satu contoh yang terbaik untuk kita bandingkan..
mari kita fikirkan bagaimana di zaman UMNO,hasil jualan pasir hanya sekadar RM2.9 juta setahun,sedangkan apabila Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,hasil pasir boleh meningkat menjadi RM16 juta setahun..

Adakah pemimpin UMNO sorokkan jumlah perbezaan jualan hasil pasir tu..?
RM2.9 juta vs RM16 juta ,satu perbezaan jumlah yang sangat besar..
untuk lihat perbandingan hasil pasir Selangor antara zaman UMNO dan Pakatan Rakyat..
lihat sini..
[HASIL PASIR SELANGOR - ZAMAN BN VS ZAMAN PR]

Dalam tempoh kurang 5 tahun,PR berjaya mengalahkan prestasi BN selama 55 tahun..
itulah sebabnya aku sangat menyokong pendirian Kerajaan Selangor untuk menggunakan mandat yang di beri dengan sebaik-baiknya..
 
Bayangkan sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir lebih lama lagi di Selangor ini..
dan bayangkan pula sekiranya pentadbiran yang berkebajikan seperti ini mentadbir di peringkat pusat..?

Untuk mengetahui maklumat kebajikan yang telah disediakan oleh Kerajaan Selangor selama 4 tahun lebih ini,sila ke sini..
[PORTAL MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive