Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 10 December 2012

INI DIA IBU TUNGGAL YANG SUDAH 20 TAHUN IMPIKAN AIR BERSIH!!


TANJUNG RAMBUTAN - Semenjak 20 tahun tinggal di Kampung Batu 8, di sini, seorang ibu tunggal tidak pernah merasai nikmat mempunyai bekalan air bersih sendiri dan selalu mengimpikan untuk merasai nikmat itu seperti insan-insan lain.

Sofiah Yahya, 52 berkata, selama ini, dia hanya bergantung kepada ihsan jiran yang bermurah hati untuk mendapatkan bekalan air bersih melalui sambungan paip getah ke rumahnya sehingga akhirnya merasa segan dengan keprihatinan jirannya itu.

Sofiah melihat simpanan air bersih yang diambil dari rumah jirannya semakin sedikit

Tambahan pula, menurut Sofiah, jiran berkenaan tidak pernah meletakkan sebarang harga untuk bantuannya walaupun dia boleh membayar mengikut kemampuan.

"Bukan tak cuba dapatkan bekalan air sendiri tetapi permohonan sejak tiga tahun lalu perlu mendapat persetujuan Pejabat Daerah dan Tanah terlebih dahulu. Mengikut maklum balas daripada Lembaga Air Perak (LAP) ia berikutan tanah yang saya duduki adalah rizab lombong.

"Selepas itu, saya ambil inisiatif menggunakan pam air yang dibeli dengan harga RM2,800 untuk memudahkan saya dan anak menjalankan aktiviti harian. Pam air hanya boleh selesai sebahagian masalah kerana kebersihan air tidak terjamin," katanya.

Tambahnya, bekalan air yang dipam hanya untuk mencuci pakaian serta aktiviti harian lain, manakala untuk minum serta berwuduk, dia menggunakan air bersih ihsan dari jirannya.

"Setakat ini anak saya tidak merungut dengan nasib kami. Namun saya sedih mengenangkan dia terpaksa melalui keadaan ini semasa masih belajar. Takut dia diejek rakan-rakan yang tidak tahu keadaan sebenar.

 
"Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan sangat mengharapkan keprihatinan pihak berkenaan agar mempermudahkan permohonan saya," katanya.

Lianglahad-  Kalau dah Najib pun dah mula "berlakon" dengan makan di gerai beralaskan daun pisang semata-mata untuk tunjukkan pada rakyat konon-kononnya dia mesra rakyat,maknanya Pilihanraya sudah terlalu hampirle tu..


apabila Najib pun dah mula berlakon ke tahap tu..
maka ibu tunggal yang tak dapat bekalan air bersih ni janganlah risu...
pilihanraya dah makin dekat dah..
tak lama lagi adalah wakil rakyat BN menjenguk sambil beriya-iya berjanji mahu masukkan bekalan air bersih ke rumahnya tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive