Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 11 December 2012

HIDUP MELAYU!! HANYA KERANA RM800,DATUK YAHYA SULONG DIARAH KELUAR RUMAH OLEH DBKL!!


Datuk Yahya Sulung
Kesian..
itulah yang boleh digambarkan keadaan kehidupan pelawak dan pelakon veteran Datuk Yahya Sulong ini..

Beliau menerima notis dari DBKL supaya keluar dari rumah selepas gagal menjelaskan bayaran tunggakan sewa sebanyak RM800..

Di Malaysia ini para penggiat seni tidak terbela dari segi royalti sepertimana di negara barat..

Apabila mereka meninggal dunia kelak..
maka hebohlah di dada akhbar melaporkan "Negara Kehilangan Pelakon Berbakat Besar"
atau pun "Negara Merasai Kehilangan Seorang Pelakon"
itulah tahap negara kita


Rupa-rupanya tak semua yang bergelar Datuk itu kaya raya..

hanya Datuk-Datuk dalam UMNO sahaja yang mempunyai kekayaan yang melimpah ruah..



Gagal Bayar Sewa, Yahya Sulung & Isteri Diarahkan Keluar Rumah

PETALING JAYA: Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Datin Alisah Ali
Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.

"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Alisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.

Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.

Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.

“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan.

"Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.

Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive