Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 21 December 2012

GEMPARKAN BN!! PENDUDUK APARTMENT IDAMAN,DAMANSARA DAMAI,KINI DAPAT WIFI PERCUMA!!


Kerajaan Selangor kini berada di landasan yang betul dalam usaha mereka menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma kepada rakyat Selangor..

Melayari internet secara percuma adalah sesuatu yang mustahil sekiranya di bawah pemerintahan BN dulu,kini dan selamanya..

Tetapi kerajaan negeri Selangor kini berusaha memberikan perkhidmatan ini secara percuma ke seluruh Selangor dan perkara itu dijangka akan dapat di realisasikan pada pertengahan tahun hadapan..

Namun sehingga tempoh tersebut,kerajaan Negeri Selangor tidak berdiam diri..
Seramai 1,000 penduduk di kawasan kejiranan Apartment Idaman,Damansara Damai kini mendapat melayari internet secara percuma selepas Kerajaan Negeri Selangor menyediakan kemudahan wifi di kawasan kejiranan itu..

Pengerusi Persatuan Penduduk Apartment Idaman,Azizan Suradi berkata, pihak persatuan akan menyediakan kawasan khas berhampiran pondok keselamatan berhadapan Block C untuk kemudahan penduduk melayari internet..

Seorang penduduk,Hamdan Adon,41, berkata, "langkah itu dialu-alukan kerana rata-rata penduduk di kawasan itu berpendapatan rendah dan tidak mampu mendapatkan kemudahan internet berbayar.."

"sekarang ini mereka boleh melayari internet bila-bila masa samada melalui telefon bimbit ataupun komputer dari rumah.."

Dengan BN,semua ini adalah mustahil kerana BN tidak akan membuat sesuatu yang tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka dan kroni mereka secara berpanjangan..

Satu penggal PR menjadi kerajaan Negeri Selangor sudah bermacam-macam kebajikan yang kita dapat..
bayangkan sekiranya kita beri peluang penggal kedua..
sudah pastilah rakyat akan menikmati pelbagai kebajikan dari Kerajaan Negeri Selangor..

sumber :- Sinar

2 comments:

  1. Putra Damai bile nak dapat bro....

    ReplyDelete
  2. Banting sudah selamat dapat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive