Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 10 December 2012

AHLI PARLIMEN JERANTUT TIDAK KELUAR UMNO SEPERTI DILAPORKAN BERITA TAMIL!!


PETALING JAYA: Ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar tidak meninggalkan Umno sebagaimana dilapor akhbar berbahasa Tamil dan beberapa blog.

Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Perkara ini disahkan oleh Adun Tahan Ahmad Jaafar yang juga naib ketua Umno bahagian Jerantut ketika dihubungi hari ini.


“Saya telah mengesahkan perkara ini dengan orang kuatnya. Datuk Seri Tengku tidak keluar parti, beliau hanya sertai Amanah.

“Tetapi beliau masih ahli parlimen Jerantut dan ketua Umno bahagian ini,” katanya lagi.
Ahmad juga menjelaskan, Tengku Azlan beberapa kali memberitahu tidak berminat untuk bertanding lagi dalam pilihan raya umum ke 13.

Berita akhbar Tamil yang melaporkan Tengku Azlan keluar UMNO.

Bagaimanapun, bekas menteri pengangkutan itu dikatakan mahu terus menjadi ketua Umno bahagian Jerantut.

Tengku Azlan menjadi ahli parlimen dan ketua Umno Jerantut sejak tiga penggal lalu.

Sebelum itu beliau pernah menyertai parti Melayu Semangat 46 apabila parti itu dithubuhkan oleh Tengku Razaleigh selepas kalah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam  perebutan jawatan presiden Umno pada tahun 1987.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka kembali semula ke pangkuan Umno. (FMT)

Bagi pandangan aku..
mungkin ada sebab-sebab tertentu beliau membatalkan hasratnya itu..
masakan pokok bergoyang jika tiada yang menggoncangkannya...

Jika seorang wakil rakyat mahupun pemimpin BN yang keluar dari Barisan Nasional,sudah cukup menggegarkan BN yang kini berada dalam keadaan yang amat lemah..
maka sudah tentulah sekiranya berita ada pemimpin yang mahu keluar dari BN sampai ke telinga Najib,maka mereka ini akan dipujuk dan ditahan dari berbuat demikian..

Apa pun kita tunggu perkembangan semasa..

2 comments:

  1. bro..
    lu kdg2 hilang bberapa hari..
    update ler kerap sikit
    gua hari2 baca lu punya blog..

    ReplyDelete
  2. sorry bro...
    macam2 hal ler der..
    kadang2 bz,
    kadang2 tenet buat hal...
    apa pun tq, pasal hari2 baca blog ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive