Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 2 November 2012

VIDEO PBT MELAKA HALAU DAP YANG INGIN BANTU MANGSA RIBUT AYER KEROH HEIGHT, MELAKA


Kita semua tahu kebelakangan ini banyak berlaku hujan lebat dan ribut di beberapa tempat di pantai Semenanjung..
banyak kawasan yang dilanda ribut mengalami banjir kilat dan kerosakan harta benda..

Baru-baru ini 86 kediaman di Taman Ayer Keroh Height,Melaka mengalami kerosakan akibat ribut.



Sudah menjadi kebiasaan mangsa-mangsa bencana alam ini akan dibantu oleh pelbagai pihak termasuk NGO dan juga parti-parti politik...
ini sudah menjadi kelaziman bukannya sesuatu yang pelik dan aneh..

Tambahan pula jika yang membantu itu adalah UMNO,maka ianya akan diulang siar di TV3 dan RTM berulangkali berhari-hari..

Kita tak marah jika UMNO datang membantu dan PBT juga tidak pernah menghalang sekiranya UMNO mendirikan khemah untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam malapetaka..

Namun keadaan yang sangat berbeza di hadapi oleh DAP yang berhasrat menghulurkan bantuan kepada mangsa ribut di kawasan perumahan Ayer Keroh Height,Melaka baru-baru ini...

DAP dihalang dari mendirikan khemah yang meletakkan barangan bantuan untuk diberikan kepada mangsa..

Walaupun berkali-kali diterangkan bahawa Khemah itu didirikan hanya semata-mata untuk membantu mangsa ribut...
pegawai Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya langsung tidak memberikan peluang..
malah mengeluarkan notis supaya khemah tersebut dibuka dalam tempoh sejam..


Malah pegawai berkenaan siap menyuruh rakan mereka menghubungi Polis..
seolah-olah kes tersebut adalah kes jenayah..
padahalnya program berkenaan hanyalah program bantuan kepada rakyat..

Pegawai berkenaan siap tanya "ada lesen..?" "ada permit..?"

Apa punya bangang le puak-puak ni..
UMNO pasang khemah bantuan bencana tu ada permit ker..?


Salah ke kalau DAP berhasrat nak beri bantuan kepada mangsa ribut..?
 
Usaha murni sedemikian dihalang hanya kerana yang menghulurkan bantuan tu adalah DAP....
kesian puak-puak agen UMNO yang begitu takut dengan usaha murni pemimpin Pakatan Rakyat...

Nak tengok videonya..
tengok sini..


Satu soalan..
kalau UMNO melakukan perkara yang sama,adakah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan mengambil tindakan yang sama..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive