Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 1 November 2012

UMUM BAGI REBET SMARTPHONE,TAPI KERAJAAN HINGGA KINI MASIH TAK TAHU APA ITU SMARTPHONE!!


Kerajaan telah membentangkan bajet 2013 pada 28 September 2012 yang lalu..
bermakna sudah sebulan lebih bajet 2013 dibentangkan untuk pengetahuan umum rakyat Malaysia..

Di dalam bajet 2013, kerajaan mengumumkan pemberian rebet untuk belia yang sudah boleh mengundi sebanyak RM200 bagi membeli smartphone..

Remaja yang belum cukup umur untuk mengundi tidak boleh kerana syarat kelayakan pemberian rebet tersebut adalah remaja yang berumur 21 tahun..

[PEMBERIAN REBET REMAJA 21 TAHUN]

Apa yang peliknya di sini adalah...
walaupun sudah sebulan lebih pembentangan bajet berlalu..
kerajaan masih belum jelas dan faham lagi apa itu smartphone..
sedangkan kerajaan sendiri yang menawarkan rebet untuk smartphone
tapi kerajaan masih belum tahu apa itu smartphone...


Penyediaan bajet tahunan ini bukannya boleh disiapkan dalam masa 3 hari..
penyediaan bajet ini makan masa berbulan-bulan lamanya...
semua yang ditawarkan sepatutnya dikaji secara mendalam..
barang apa yang ditawar.. bagaimana perlaksanaan,berapa harga yang layak dan sebagainya..

Sepatutnya semasa pembentangan bajet 2013 yang lalu kerajaan sudah pasti apa yang ditawarkan oleh mereka kepada rakyat..

Bila jadi macam ni..
dah sebulan lebih dari tarikh pembentangan bajet baru nak teliti makna sebenar istilah smartphone..
seolah-olah kerajaan buat keputusan pada saat-saat akhir untuk menarik hati pengundi muda..

Pemberian smartphone ni pulak di bawah Menteri tua...
yang entah tahu atau tidak apa itu smartphone..
entah-entah dia ingat blender cili agaknya... 

Macam-macam kerajaan kita ni...
buang tabiat nak kalah gamaknya..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive