Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 14 November 2012

TIADA BEKALAN AIR,PENDUDUK PAHANG BAYAR "BIL ANGIN" YANG TINGGI!!!


Negeri Najib adalah antara negeri yang cuba mengajar kerajaan Selangor dalam hal pengurusan air..
malah Menteri Besar Pahang sendiri pernah bersingkap angkuh dengan mengeluarkan ugutan mahu membatalkan perjanjian pembekalan air dari Pahang ke Selangor..

Tindak tanduk kerajaan BN ini seolah-oleh mereka begitu pakar dalam pengurusan air..

seolah-olah negeri mereka begitu sempurna tanpa masalah..
tapi rupa-rupanya negeri mereka jauh lebih kritikal masalah pengurusan airnya..

Di Kampung Teris,Temerloh,Pahang, penduduk mengalami gangguan bekalan air selama 42 hari tanpa mendapat apa-apa usaha dari pihak berkuasa tempatan bagi menyelesaikan masalah mereka walaupun sudah berkali-kali membuat aduan..

Bukan itu sahaja,mereka juga terpaksa membayar bil yang tinggi walaupun bekalan air tiada,kerana bil bergerak akibat dari tekanan angin..

Zulkifli (kiri) dan Mohd Syuhadi (kanan) bersama seorang penduduk menunjukkan kawasan paip pecah yang tidak dibaiki sejak sebulan lebih di Kampung Teris, Temerloh.


TEMERLOH - Seramai 250 penduduk Kampung Teris, dekat sini, mengalami masalah terputus bekalan air selama 42 hari.

Penduduk, Zulkifli Mahmud, 48, berkata, masalah tersebut sudah dilaporkan kepada pihak berkenaan namun hingga kini masalah paip pecah itu masih belum dibaiki.

Menurutnya, penduduk terutama yang tinggal di kawasan tinggi tidak mendapat bekalan air dan itu menimbulkan masalah kepada penduduk untuk mencuci pinggan mangkuk, membasuh pakaian, mandi, solat dan sebagainya.

“Air sungai pula jauh terletak kira-kira lima kilometer dan kami tidak akan mengambil air sungai itu kerana ia tercemar dengan aktiviti pertanian.

“Untuk mendapatkan bekalan air bersih kami beramai-ramai terpaksa berkongsi mengambil air di tiga perigi milik penduduk kampung ini. Itulah air yang selamat untuk kami gunakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi penduduk, Mohd Syuhadi Shamsuddin, 28, berkata, air di kawasan paip pecah itu terbiar begitu sahaja mengalir masuk ke dalam paya berdekatan tanpa dibaiki dan ia sangat membazir serta merugikan kerana penduduk tidak dapat menggunakan air bersih itu.

Menurutnya, apa yang lebih menimbulkan kemarahan penduduk apabila bil air mereka turut melambung kerana terpaksa menanggung kos air yang tidak digunakan mereka.

“Kampung ini kerap mengalami masalah paip pecah. Sebelum ini terdapat dua paip pecah dan pihak berkenaan membaiki salah satunya. Namun, paip di kawasan ini tidak dibaiki menyebabkan penduduk tidak dapat bekalan air yang sempurna,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Hashim Mahusin berkata, pihaknya sudah melaporkan masalah itu kepada pihak berkenaan.


Bagaimanapun katanya, pihak berkenaan memberitahu mereka tidak dapat melepaskan air dalam tekanan yang kuat kerana akan berlaku banyak paip pecah.


“Kalau itu masalahnya sampai bila penduduk di sini akan terus mengalami masalah terputus bekalan air. Saya juga sudah pergi ke pejabat Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Temerloh untuk melaporkan masalah itu.


“Kami di sini bukan membayar bil air tetapi bil angin. Ini kerana angin lebih banyak daripada air dan ia membebankan penduduk,” katanya.


Jadi..
buat kerajaan BN,jangan dok sibuk nak uruskan masalah air negeri Selangor..
uruskan masalah air di negeri kamu dulu..
 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive