Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 6 November 2012

TERPAKSA PILIH SEORANG KAMBING HITAM? INI MACAM PUN ADA DALAM PDRM?



Apa yang disangka oleh rakyat Malaysia ni memang betul..
tahap moral PDRM memang di tahap yang amat teruk dan memalukan..
dari segi rasuah,salahguna kuasa,membelasah pesalah dan tidak amanah..
semuanya cukup lengkap..

Walaupun tidak semua anggota polis berperangai sedemikian..
tapi cukup mengecewakan apabila pihak yang kita harapkan untuk lindungi keselamatan kita hanya pandai menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka..







Ketika ditanya Hakim Datuk VT Singham sama ada keluarganya mungkin melantik peguam itu (Datuk Sallehuddin), defendan berkata tidak.

"Memandangkan sejak dari awal lagi saya tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung kes ini, saya tidak setuju dengan apa yang dicadangkan oleh peguam berkenaan dan membuat keputusan untuk melantik peguam sendiri untuk membela saya," katanya.

Navindran juga memberitahu mahkamah bahawa sejurus selepas kematian Kugan, beliau dan 12 anggota lain dipindahkan serta-merta ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam untuk membuat tugasan pejabat.

"Selepas siasatan selesai berhubung kes ini, saya masih membuat tugasan pejabat, sementara anggota lain dipindahkan ke kontinjen polis yang lain," katanya.

Ketika ditanya Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad kenapa beliau tidak  membangkitkan perkara itu ketika pembelaan dalam kes jenayah di mana dia didapati bersalah, Navindran berkata ACP Zainal Rashid memberitahunya untuk tidak berbuat demikian.

Bagaimanapun, Navindran bersetuju dengan Azizan bahawa beliau sepatutnya mengarahkan peguam membangkitkan perkara itu ketika perbicaraan kes jenayah jika tidak bersetuju dengan ACP Zainal Rashid.


Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan cadangan Azizan bahawa dakwaan itu lebih berbentuk apa yang 'difikirkan semula' serta tidak ada perjumpaan dengan peguam tersebut pada hari berkenaan.

Pada 11 Jun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Navindran selepas mendapati bekas konstabel polis itu bersalah mengakibatkan kecederaan kepada Kugan, seorang suspek kes curi kereta mewah, di sebuah bilik soal siasat di balai polis Taipan USJ, di Subang Jaya pada 16 Januari 2009.

Pada 13 Januari, Indra, 44, selaku pentadbir harta pusaka Kugan, memfailkan  saman dan menamakan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Bakar (ketika iti Ketua Polis Selangor), Navindran, ACP Zainal Rashid, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutan, Indra mendakwa semua defendan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa dia dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009.
Perbicaraan bersambung 29 November depan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive