Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 20 November 2012

TERBAIK!! KERAJAAN PR SELANGOR JIMATKAN WANG RAKYAT RM80 JUTA SETAHUN APABILA TAMATKAN ALAM FLORA!!


Kerajaan Pakatan Rakyat sememangnya benar-benar mengambil berat akan kepentingan wang rakyat dan memastikan agar ianya dapat dijimatkan semaksimum mungkin dan digunakan dengan sebaik-baiknya..

Tidak seperti BN yang hanya tahu memikirkan bagaimana caranya untuk menafaatkan wang rakyat bagi kepentingan diri dan kroni mereka sahaja...


Sebagai contoh..
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dapat menjimatkan sebanyak RM80 juta setahun apabila pengurusan sampah diambil alih kerajaan negeri daripada Alam Flora Sdn Bhd..

Wang rakyat dapat dijimatkan sebanyak RM80 juta..
jika di bawah BN,RM80 juta ini masuk ke syarikat kroni mereka,Alam Flora..
sedangkan dengan wang sebanyak RM80 juta ini banyak perkara yang dapat dilaksanakan untuk kepentingan rakyat..


Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri berjaya menjimatkan lebih RM80 juta setahun selepas kutipan sisa pepejal negeri itu diuruskan sendiri pihak berkuasa tempatan – berbanding sewaktu ia diuruskan Alam Flora Sdn Bhd.

"Wang penjimatan ini kita salurkan semula kepada rakyat sejajar dengan semangat "Hasil Negeri untuk Rakyat" melalui skim pemberian 25 peratus rebat cukai pintu kepada rumah flat kos rendah di seluruh Selangor," katanya sewaktu membentangkan belanjawan Selangor bagi tahun 2013.

Alam Flora dilapor menghentikan kutipan sisa pepejal di Selangor pada 16 Oktober 2011 selepas Selangor memutuskan mengambil alih perkhidmatan berkenaan.

Sebelum itu Khalid sekali lagi menegaskan bahawa perjanjian perkhidmatan yang dimeterai di antara kerajaan negeri dahulu dan Alam Flora berat sebelah dan merugikan rakyat Selangor.

Bagaimanapun, Selangor sentiasa berunding dengan Alam Flora untuk menyelesaikan baki tunggakan hutang, katanya.

"Hasil daripada semakan yang kita lakukan, kerajaan negeri akan membuat tuntutan balas kepada Alam Flora kerana kebanyakan kompaktor dan mesin yang dipulangkan kepada kita (berada) dalam keadaan yang sangat teruk," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive