Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 15 November 2012

SULTAN PAHANG SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM PAHANG, YANG MAHIR TENTANG HUKUM ISLAM BERDUKACITA DENGAN NURUL IZZAH!!


Selepas Sultan Selangor yang terkejut dengan kenyataan Nurul Izzah..
kini giliran Sultan Pahang pula rasa berdukacita dengan kenyataan Nurul Izzah..

Nurul Izzah pada 3 November lalu menyokong tiadanya paksaan dalam beragama,sokongan beliau itu adalah sokongan terhadap ayat Allah  yang ini..
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
~ Surah Al Baqarah (ayat 256)

Selepas ini mungkin ada lagi yang akan rasa terkejut dan berdukacita dipaparkan di dada akhbar UMNO untuk tatapan orang kampung..


Isu terkejut dan dukacita ini akan dimainkan oleh Utusan dan TV3 secara terus menerus sehinggalah pilihanraya ke 13 nanti..

Jangan pula kita terkejut nanti sekiranya akan ada Sultan yang baru nak terkejut pada bulan december nanti..

kita perlu berbaik sangka..
mungkin Sultan-Sultan tidak sempat untuk dimaklumkan isu semasa kerana sibuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai Sultan yang berjiwa rakyat tu..

Di dalam kenyataan Sultan Pahang,Sultan Ahmad Shah mengenai pandangan tiadanya halangan di dalam beragama seperti yang dinyatakan oleh Nurul Izzah yang di petik dari Surah Al Baqarah (ayat 256) itu,beliau menyatakan,  

"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya.

Beliau juga menambah, "saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap.."


Kita kena faham bahawa Sultan Ahmad Shah ini seorang sayangkan agamanya dan beliau juga sangat mahir tentang agama (seperti yang diakui beliau)..

Kita tak boleh persoalkan kerana beliau seorang Sultan,sudah pastilah beliau banyak belajar dari penasihat agama beliau apa yang boleh dan apa yang tidak di dalam Islam..

Maka aku berbesar hati berkongsi gambar Ketua Agama Islam Pahang yang sayangkan Islam ini yang juga turut berpesan kepada kita semua supaya kita sanjung dan menjaga Islam dengan sepenuh hati kita...



Lihatlah betapa mesra Ketua Agama Pahang ini dengan Sultanah Kalsom ketika ulang tahun hari keputeraan Sultan Pahang Ke-80 di Istana Sultan Abu Bakar tidak lama dulu..  
kemesraan seperti inilah yang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat jelata...

"jaga Islam dengan sepenuh hati.."??
Insyaallah aku akan ingat pesan Sultan Ahmad tu..
aku akan sanjung Islam dengan sepenuh hati aku..
Itulah sebabnya isteri dan anak-anak aku bertudung kerana Islam mewajibkan kita umat Islam menutup aurat..

seperti yang disarankan Allah dalam Firman-FirmanNya ini..
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
~ Surah Al Ahzab (ayat 59)
Allah juga berpesan dengan ayat dibawah ini..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
~ Surah An Nur (ayat 31) 


12 comments:

  1. wooi!!!
    celaka ko...!!
    ko hina sultanah tu tak tutup aurat ke?
    ko nak senasib mcm uncle seeckers??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah Uncle Seeckers telah dihukum gantung sampai mati kerana menceritakan kebenaran tentang Sultan Johor? Bagi aku Uncle Seeckers adalah Hero Sebenar Rakyat..... Zaman dah berubah Beb! Rakyat bukan bodoh lagi..... Sampai bila mahu sanjung dan memelihara "Free Loader" ni? Keturunan talibarut macam kamu sahaja yang minat sangat nak jilat bontot golongan ini... Kita boleh takutkan sebahagian kecil manusia, tapi kita tak akan boleh menakutkan semua manusia...

      Delete
    2. lu dgr je le gebang uncle seckers tu..
      lu tak tau pekara sebenar beb..
      sultan johor memang kaya,kalau bukan elaun dari kerajaan malaysia pun dia mmg dah kaya raya..
      jenis macam ko je yg dengki!!
      bila org dengki mcm2 le difitnahkannya..

      Delete
  2. aku hina ker..?
    ada ker..?
    kan aku cakap pasal keluarga aku tu..
    memang anak isteri aku pakai tudung seperti yg Allah suruh..
    takkan nak share ayat Al Quran pun dikira menghina kot..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis yg ko pegi siar gambo dia yg mcm tu nape?
      lepas ko letak gambar dia,ko letak pulak ayat quran,apa maksud ko.? tu bukan hina namanya????

      Delete
    2. ape la otak kau ni senget sangat

      xsalah pun bile encik lianglahad bgi teguran,,yg kau panas punggung ni kenapa?

      kalau pun die kerabat xkan lgsg xboleh tegur?


      pencacai umno memang kebanyakan xde otak

      Delete
  3. hmm..no komen tapi aq agak setuju gak ar ngan lianglahad ni..hmm..aq just komen je ar.jgn marah..

    ReplyDelete
  4. Amat stju dgn liang lahad...kalo umar al khattab hdup lg skrg ni dh lama cai kena lempang...

    ReplyDelete
  5. syiannyer umb umno ni..dia takut sgt dgn manusia...tu yg x takut dgn Tuhan..liang lahad x menghina sultanah pon..dia sultanah,sah2 lah gambo2 camtu berlambak kt internet..kalo dah takmo terima Islam, mati nnt suruh org bakor jer mayat hang...ok tak umb umno?

    ReplyDelete
  6. KARPAL SING HINA SULTAN 1 MALAYSIA KECOH.TP ORG MELAYU X SEDAR DIRI HINA SULTAN X PA PLAK.MELAYU SEMAKIN BODOH.DA LA KENE PIJAK NGN CINA,HINA BANGSA SEDIRI PLAK

    ReplyDelete
  7. Kita rse dia tgur shja. Mgkin bhsa agak kasar. Tp sultan pahang relax je dn tk rse terhina pun.. kok kita yg rakyat nak gelabah?
    At least encik liang lahad dh jalankan tggungjwb amar maaruf nahi munkar..yg kita ni diamkan aje bnde tk elok dpn mata. Apakah?? Slgi mne mbwe kbaikan.biar je lah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive