Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 20 November 2012

SELEPAS KETUA PEMUDA UMNO PERLIS,KETUA PEMUDA MIC BAHAGIAN BATU KAWAN PULAK YANG MELETAKKAN JAWATAN!!!


Selepas Ketua Pemuda UMNO Perlis meletakkan jawatan dengan alasan penat jadi Ketua Pemuda UMNO Perlis selama 3 tahun tetapi 3 hari kemudiannya menarik semula perletakan jawatan tersebut selepas bertemu dengan Khairy Jamaluddin..

Kini Dr D. K. Devavijayan,Ketua Pemuda MIC Bahagian Batu Kawan pula meletakkan jawatan..

alasan beliau pula adalah kerana mahu beri tumpuan kepada perniagaannya..

Surat peletakan jawatannya telah pun diserahkan kepada kepada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Pengerusi MIC Bahagian Batu Kawan R. Muthiah hari ini siang tadi..


Menurut Dr D. K. Devavijayan "keputusan itu dibuat bukan atas desakan mahupun pengaruh mana-mana pihak."

"Saya masih anggota MIC dan menyokong kuat Barisan Nasional, cuma saya tidak boleh memberi komitmen terhadap jawatan itu (Ketua Pemuda MIC Batu Kawan) kerana dalam masa yang sama perlu menguruskan perniagaan.
  
"Saya sudah lama memikirkan perkara ini (meletak jawatan) kerana perniagaan saya tiada sesiapa uruskan dan saya juga bimbang jika pilihan raya nanti saya gagal memberi fokus terhadap kerja-kerja parti berikutan urusan perniagaan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
  
Katanya beliau tidak akan menarik balik peletakan jawatan itu walau dipujuk oleh mana-mana pihak kerana percaya keputusan tersebut adalah yang terbaik baginya dan MIC.



Ramai pulak yang meletakkan jawatan bila dah dekat-dekat nak Pilihanraya ni kan..?

Kebiasaannya kalau pemimpin dari BN ni meletakkan jawatan..
kalau bukan kerana tak dicalonkan pada PRU ini mesti tak dapat apa yang mereka minta tu...



Letak jawatan disaat hampirnya PRU sudah tentu menggoncangkan parti..
lepas tu akan ada orang pujuk..
janji macam-macam.. bla..bla..bla..
lepas tu bila dah puas hati..
tarik balik perletakan jawatan...

Kah..kah..kah..
macam bebudak pemimpin BN ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive