Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 13 November 2012

SELEPAS 23 TAHUN, 400 KELUARGA DI HALAU KELUAR DARI KEDIAMAN MEREKA DI JOHOR!!


Johor..
Negeri kelahiran UMNO..
negeri yang dikatakan bermulanya kekuatan UMNO..
sepatutnya bila UMNO kuat di Johor,rakyat akan terbela atau pun sekurang-kurangnya melayu akan terbela..

Tetapi apa yang berlaku adalah..
setelah menetap dikediaman mereka selama 23 tahun,seramai 400 keluarga dihalau keluar dari kediaman mereka dengan pampasan yang sangat sedikit..
hanya sebanyak RM2,000 sehingga RM7,000 sahaja pampasan yang diberi..


Penduduk Kampung Semangat Tampoi menyertai perarakan aman, semalam
Sebanyak 180 keluarga setinggan di Kampung Semangat Tampoi, dekat sini mohon campur tangan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dalam kes tuntutan pampasan selepas diarah pindah dari kediaman yang didiami mereka sejak lebih 20 tahun lalu.

Penduduk, Kadir Razak, 55, berkata, sejak mendiami kampung itu lebih 23 tahun lalu, hidup penduduk di sini aman tanpa sebarang gangguan sehinggalah diarah keluar bermula Februari tahun lalu.

Menurutnya, walaupun hampir sebahagian penduduk telah berpindah keluar ke tempat lain, tetapi masih ada 180 keluarga yang mahukan penjelasan mengenai status sebenar tanah yang didiami itu.


“Kami ingin tahu status sebenar tanah ini. Kalau betul sudah dibeli oleh pemaju kami mahu pemaju tampil ke depan dan berunding dengan kami.


“Kami tak tolak pembangunan dan boleh keluar dari kampung ini, tapi bantulah kami dengan pampasan yang munasabah supaya kami boleh bina kehidupan baru di tempat lain,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Dewi Abd Latip, 40, berkata, hidupnya sekeluarga tidak tenteram sejak diarahkan berpindah awal tahun lalu kerana risau dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Menurutnya,
pampasan yang ditawarkan sebelum ini sekitar RM2,000 hingga RM7,000 tidak masuk akal kerana kos yang diperuntukkan penduduk untuk membina rumah bukannya murah.

“Kami nak tidur malam pun tak lena kerana berasa terancam dan bimbang dengan keselamatan keluarga sehingga kadang-kala terbayang-bayang rumah dirobohkan.


“Kami mahukan pampasan dengan nilai yang munasabah sekurang-kurangnya RM30,000 untuk mendapatkan tempat tinggal baru di tempat baru,” katanya.


Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Simpang Renggam, Suhaizan Kaiat berkata, perkampungan berkeluasan 63.25 hektar itu pada asalnya didiami 400 keluarga.

Menurutnya, bagaimanapun ramai yang telah berpindah selepas menerima notis arahan keluar dan kini berbaki sebanyak 180 keluarga yang menuntut keadilan melalui campur tangan Menteri Besar.


“Mereka mohon simpati Kerajaan Negeri untuk menjadi orang tengah menuntut pampasan sekurang-kurangnya RM30,000 memandangkan kawasan ini mempunyai ciri pembangunan pesat.


“Yang tinggal kini hanya 180 keluarga. Selebihnya telah berpindah ke tempat lain dan sanggup menerima pampasan sekitar RM2,000 hingga RM7,000 kerana terlalu takut,” katanya.

1 comment:

  1. ".. to love is to care, to care we must share..."
    get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive