Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 2 November 2012

SEKALI LAGI LIM GUAN ENG MENGECEWAKAN "ORANG MELAYU"!!


Sekali lagi Lim Guan Eng mengecewakan orang melayu...
Lim Guan Eng telah mengambil tindakan yang tidak disukai oleh orang melayu..

Nampaknya segala usaha-usaha orang melayu untuk menghalang Lim Guan Eng dari melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan kehendak orang melayu sudah gagal..!!!


Sabar..
lihat fakta dulu...

Orang Melayu kecewa yang dimaksudkan adalah Melayu UMNO... 
Tindakan Lim Guan Eng yang tidak disukai oleh Melayu UMNO ini adalah Kerajaan Pulau Pinang terus memartabatkan Islam,sekaligus mengecewakan UMNO...

UMNO kecewa kerana tidak dapat mainkan isu DAP pinggirkan melayu dan Islam Pulau Pinang..

Usaha UMNO untuk menggambarkan LGE ini sebagai anti Islam sentiasa gagal..
ini kerana semenjak Pakatan Rakyat mentadbir Pulau Pinang,peruntukan yang diberi kepada kegiatan Agama Islam di Pulau Pinang adalah melebihi berbanding semasa Pulau Pinang di bawah BN-GERAKAN dahulu..

Kalau nak tengok perbezaannya tengok sini..


Islam, Sekolah Agama Rakyat, masjid dan surau terbela di Pulau Pinang.
 
GEORGE TOWN 2 NOVEMBER: Tuduhan UMNO/BN bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP sebagai ”anti-Islam” terbukti tidak benar apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) itu terus ”Memartabatkan Agama Islam” dalam Belanjawan Pulau Pinang 2013 yang bertemakan Agenda Ekonomi Saksama.

Selain menjadikan masjid dan surau sebagai institusi merangkumi aktiviti kemasyarakatan, sebanyak RM13.84 juta daripada RM46.42 juta peruntukan bagi memartabatkan agama Islam disediakan untuk pembangunan sekolah agama rakyat (SAR).

Ia berbeza sama sekali dengan Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2013 yang tidak menyediakan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, peruntukan untuk pembangunan agama Islam bagi 2013 termasuk usaha meneruskan pembinaan masjid baru yang mengambil kira prasarana mesra OKU.

“Masjid terbabit ialah Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.

“Pembinaan masjid yang mengambil kira prasarana seumpama itu dilaksanakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dan Masjid Kelawei, Daerah Timur Laut,” katanya.

Pada Belanjawan Pulau Pinang 2012, kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM22.8 juta untuk pengambilan balik tanah bagi pembesaran tapak perkuburan Islam berhampiran Masjid Jelutong, untuk khariah Masjid Cherok Tok Kun Atas dan khariah Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat manakala RM2 juta diperuntukan untuk pengambilan balik tanah bagi pembangunan Sekolah Agama Rakyat.

Katanya, ini membuktikan tuduhan UMNO-BN bahawa Kerajaan Pulau Pinang “anti-Islam” adalah meleset sama sekali kerana realitinya, kerajaan negeri sangat prihatin terhadap pembangunan masyarakat dan agama Islam dan meliputi semua kaum di negeri itu .Roket Kini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive