Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 12 November 2012

SATU LAGI JANJI BN YANG TIDAK DITEPATI,KERAJAAN SELANGOR GUNA RIZAB NEGERI TERUSKAN PROJEK GAGAL BN!!!


Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa "Kerajaan Negeri akan meneruskan projek pembinaan jambatan ketiga bagi mengatasi masalah kesesakan bandar Klang sekiranya Kerajaan Pusat masih gagal berbuat demikian pada tahun depan.."

Jambatan ketiga ini sebenarnya adalah janji BN sebelum Pilihanraya ke 12 pada 2008 yang lalu..

Malah perasmian projek jambatan ketiga ini diadakan 4 hari sebelum Pilihanraya ke 12...

dan itulah tandanya projek jambatan ketiga tersebut hanyalah "janji BN" untuk memenangi hati pengundi di Klang.



Menurut Abdul Khalid, Kerajaan Negeri akan menggunakan rizab yang dimiliki Negeri Selangor untuk melaksanakan projek yang pernah dijanjikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Beliau berkata, sewaktu pemerintahan Umno-BN terdahulu, mereka berjanji kepada rakyat Klang untuk membina jambatan tersebut, malah telah melancarkan batu asas bagi membina jambatan tersebut.
bagaimanapun tegasnya, ia kini dilihat sebagai satu omongan kosong sahaja.

“Rakyat Selangor memberi sumbangan terbesar kepada Malaysia. Oleh itu, tahun depan kita akan adakan pelbagai program untuk rakyat di negeri ini. 

Rakyat Selangor adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negara, kini sudah tiba untuk pulangkan hasilnya kepada rakyat.

“Tahun depan kalau tidak dibina jambatan ketiga di Klang, kita akan bina dengan menggunakan rizab negeri. 

Dengan cara itu kita dapat melaksanakan pembangunan secara saksama di Negeri Selangor,” katanya semasa menghadiri Majlis Sambutan Deepavali di Jalan Tengku Kelana.

Najib kata pemimpin BN tidak pernah memungkiri janji dan janji mereka adalah janji ditepati..
jika mungkiri janji, munafik kata Najib,sambil meminta rakyat menolak pemimpin yang munafik..
maka sekarang ni kita perlu tolak BN yang gagal mematuhi janji yang mereka buat.

Kah..kah..kah..
tu lah Najib... kalau dapat bercakap selalu tak ingat dunia..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive