Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 26 November 2012

PENIAGA PKNS FAHAM PINDAHMILIKAN AKAN MENINGKAT DAYA SAING!!!


Presiden Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks PKNS, Amran Yahya memahami bahawa pemindahmilikan Kompleks PKNS kepada anak syarikat PKNS,Private Real Estate Co (PREC) akan meningkatkan daya saing perniagaan..

Peniaga-peniaga semuanya faham..
Presiden Persatuannya pun faham..
yang tak faham-faham hanyalah pemimpin UMNO yang berhajat nak jadi MB Selangor,Noh Omar..

Noh Omar anggap pindahmilikan itu sebagai jual harta PKNS..
apa yang dia gagal faham adalah pindah milik tersebut hanya dipindahkan kepada anak syarikat PKNS..



Peniaga Kompleks PKNS setuju dengan pemindahmilikan.

PETALING JAYA: Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam bersetuju dengan rancangan pemindahmilikan Kompleks PKNS kepada anak syarikat PKNS, Private Real Estate Co (PREC) untuk meningkatkan daya saing perniagaan.

“Persatuan bersetuju dengan langkah korporat PKNS menerusi pindah milik aset kepada PREC iaitu anak syarikat milik penuh PKNS yang khusus dalam pengurusan dan pelaburan hartanah, penekanan akan diberikan kepada meningkatkan tahap daya saing Kompleks PKNS Shah Alam dan bangunan-bangunan yang lain.

“Dengan kualiti bangunan ditingkatkan, Kompleks PKNS Shah Alam akan dapat menarik lebih ramai pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat untuk membeli-belah di kompleks ini dan secara tidak langsung dapat menyumbang kepada prestasi jualan peniaga-peniaga kompleks,” kata Ketua Pelaburan dan Pengurusan Hartanah PKNS, Fakru Razi Ab Ghani dan Presiden Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks PKNS, Amran Yahya dalam satu kenyataan bersama.

Kompleks PKNS Shah Alam ialah salah satu daripada lima aset PKNS yang telah dipindahmilik oleh PKNS. Keputusan ini telah dipertikai oleh Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Selain Kompleks PKNS Shah Alam, empat aset lain yang akan dipindahmilik iaitu Wisma Yakin Kuala Lumpur, Kompleks PKNS Bangi, Menara PKNS Petaling Jaya dan SACC Mall.

Menurut mereka, PKNS dan PREC akan menjalankan kerja-kerja penambahbaikan dan menaiktaraf kemudahan Kompleks PKNS Shah Alam.

Persatuan peniaga yang diketuai Amran memperakui komitmen PKNS menerusi program-program pembangunan usahawan dan subsidi kepada para peniaga Melayu dan Bumiputra di kompleks tersebut dan di seluruh Selangor.

PKNS menerusi PREC pula akan mempergiatkan aktiviti promosi untuk membantu meningkatkan pendapatan para peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam yang majoritinya adalah peniaga Melayu dan Bumiputera.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive