Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 14 November 2012

PENEROKA PAHANG SEDAR DIRI MEREKA DITIPU GRED BUAH!!


 
Segelintir peneroka tidak berpuas hati dengan perbezaan kadar perahan buah terutama di Peringkat 1 dan 2, termasuk kilang sawit.

BERA - Sekumpulan peneroka mendesak pengurusan beberapa kilang sawit di kawasan itu menetapkan kadar perahan gred (KPG) yang sama bagi hasil sawit sama di sembilan tanah rancangan di sini.

Mereka mendakwa KPG ditetapkan bagi Peringkat 1 dan 2 di tanah rancangan ini berbeza, selain KPG ditetapkan di beberapa kilang dekat sini turut menunjukkan perbezaan ketara.

Keadaan ini bukan sahaja mewujudkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan peneroka, malah menyebabkan hasil sawit yang dijual menunjukkan julat perbezaan harga besar berdasarkan KPG ditetapkan.

Peneroka Peringkat 2 rugi


Peneroka, Wan Yusof Wan Omar, 63, berkata, peneroka Peringkat 1 di sini mengalami kerugian berbanding Peringkat 2 setiap kali menghantar hasil ke kilang.


Menurutnya, KPG ditetapkan sebuah kilang sawit adalah lebih rendah bagi peneroka Peringkat 1 dan tidak akan melebihi KPG 20.0 jika dibandingkan dengan kilang lain.


“Apabila peneroka hantar hasil ke kilang, secara automatik, buah kami digred rendah.


“Itu belum lagi dikira buah rosak atau buah muda yang terpaksa ditolak tanpa ditimbang menjadikan harga hasil sawit tidak banyak,” katanya.


Katanya, walaupun KPG antara dua peringkat itu tidak banyak tetapi tetap menunjukkan perbezaan ketara bagi setiap tan hasil sawit yang dihantar ke kilang.


Menurutnya, KPG rendah ini menyebabkan ada peneroka terpaksa hantar ke kilang sawit lain yang menawarkan KPG tinggi.


“Ada yang terpaksa buat begitu tetapi kena guna slip bayaran peneroka dari tanah rancangan lain,” katanya.


Wajib hantar untuk bonus, baja

Abd Malek Abd Rahim, 56, berkata, peneroka wajib hantar hasil ke kilang yang ditetapkan membolehkan mereka mendapatkan slip bayaran.

Menurutnya, selain itu, mereka perlu hantar hasil sekurang-kurangnya dua kali sebulan ke kilang terbabit sebagai bukti membolehkan mereka mendapat bonus tahunan berjumlah RM1,200 permohonan baja.


Katanya, disebabkan itu, peneroka Peringkat 2 mengalami kerugian kira-kira 70 tan setahun dengan perbezaan purata jualan hasil sebanyak RM50.


“Kami rugi RM3,500 semata-mata untuk mendapatkan bonus RM1,200 dan ini baru yang wajib dihantar sepanjang satu tahun tidak termasuk lebihan hasil setiap bulan.


“Ada masanya, peneroka hantar hasil lebih dari dua kali ke kilang,” katanya.


Beliau berkata, walaupun beberapa kali peneroka membangkitkan perkara ini namun alasan diberikan adalah tertakluk kepada pengurusan kilang terbabit.


Katanya, jika perkara ini benar, seharusnya KPG Peringkat 1 dan 2 di sini tidak dibezakan malah diberi kadar sama kerana peneroka di sini hantar hasil ke kilang sama.


Minta pihak berkaitan seragam harga


Bagi Yusof Mat, 63, aduan peneroka mengenai masalah ini beberapa tahun lalu sememangnya dipandang sepi.


Katanya, meskipun perbincangan diadakan, ia langsung tidak mencapai persetujuan atau penyelesaian malah peneroka sering dipinggirkan apabila pihak kilang lebih gembira menerima hasil sawit peraih luar.


“Kalau peraih luar hasil, KPG memang tinggi yang mana hal ini diakui sendiri pemandu terbabit manakala buah muda pula dibenarkan dibawa balik dan keadaan ini berbeza dengan kami.


“Kami tidak dibenarkan membawa balik buah muda malah turut dikenakan penalti,” katanya.


Tidak mahu terus teraniaya, peneroka menuntut pihak pengurusan campur tangan dalam masalah ini dan mendesak pengurusan kilang menyeragamkan KPG.


Lianglahad :- peneroka sudah lama ditipu,kini mereka bangkit akibat sudah hilang sabar..apabila peneroka tahu hak mereka,BN dalam bahaya!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive