Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 7 November 2012

PENEROKA BERANG!! - TANAMAN SEMULA OLEH FELDA PLANTATION CINCAI,SEMAK SAMUN,DAH 2 TAHUN ANAK POKOK MASIH TIDAK DITANAM!!



Peneroka Felda tak habis-habis kena tipu..
kata nak tanam semula,tapi dah dekat 2 tahun masih lagi tidak ditanam dengan apa-apa anak pokok..

Mana yang dah ditanam pula,tidak dijaga dengan betul sehinggakan ladang peneroka dinaiki semak samun..



Kalau kita perhalusi hidup peneroka Felda ni mereka sentiasa disediakan dengan sesuatu yang sebenarnya adalah hutang..

Kos sara hidup yang diberikan sebanyak RM1,200 sebulan sepanjang tempoh penanaman semula ini juga sebenarnya adalah dikira sebagai hutang yang terpaksa dibayar balik..

Nasib peneroka sentiasa ditindas,mereka juga sebenarnya tahu mereka ditindas..
tapi UMNO sentiasa pula tahu bagaimana memujuk hati peneroka..
UMNO menggirangkan hati peneroka dengan wang ringgit..
kemudian lupalah mereka akan segala kezaliman yang telah dilakukan ke atas mereka..

Hanya yang mempunyai kesedaran dan yang ambil tahu tentang hak-hak mereka  sahaja yang akan sedar betapa mereka sebenarnya sudah banyak kena tipu selama ini..

Sudah berapa ramai peneroka yang sudah menang dalam tuntutan saman terhadap Felda hasil dari usaha keras penjelasan secara berterusan dari Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda Kebangsaan dan Orang Asal KEADILAN) dan juga Mazlan Aliman (Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan - ANAK)

Mana yang masih baca Utusan dan menonton TV3,dan menghalang maklumat dari disampaikan kepada mereka maka selamatlah mereka ditipu sepanjang hayat mereka..
 
Macam-macam yang telah diwujudkan,Felda Technoplant Sdn Bhd lah..Felda Plantation Sdn Bhd lah..

Tapi kalau semuanya kerja macam hampeh peneroka jugak yang menjadi mangsanya..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive