Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 20 November 2012

PANDU PERLAHAN PUN BOLEH KENA SAMAN AES!!



SHAH ALAM, 20 NOV: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) didakwa tidak tepat dalam mengesan kenderaan yang melebih had laju kerana ia boleh menyebabkan kenderaan yang tidak melebihi had laju juga disaman.


Ini kerana kamera AES yang statik akan menyebabkannya merakam kenderaan yang tidak melebihi had laju yang kebetulan berada di hadapan kamera secara serentak dengan kenderaan lain yang laju.

Dakwaan tersebut dibuat Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu (gambar) semalam.


Ronnie berkata beliau mengetahuinya melalui kajian yang dilakukan baru-baru ini termasuk membuat rakaman video di salah satu tapak kamera AES yang ada di Selangor baru-baru ini.

“Ia bukan macam kamera yang dikendalikan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalanraya) atau polis trafik yang boleh terus tembak kepada kenderaan yang dipandu laju, tetapi AES ia statik.

“Kalau anda pandu perlahan, tak lebih had laju pun, tetapi kalau ada orang lain yang (melebihi had laju) potong pada saat itu, ‘flash’ kamera itu akan tangkap gambar semua kenderaan yang berada di situ pada masa itu.

“Kalau ada tiga kenderaan pada masa itu, ketiga-tiga kenderaan pun akan kena termasuk pemandu yang melebihi had laju itu sekali,” kata Ronnie.

Lianglahad~ demi menarik duit dari poket rakyat,BN nak kisah apa..
laju ke tak.. janji ada kereta dalam gambar tu...

BN tahu rakyat Malaysia ni berapa kerat je yang sanggup lawan di mahkamah..
kebiasaannya mereka membayar tanpa memastikannya terlebih dahulu..
"aku tak perasan ler aku bawa laju ke tak waktu tu,tapi memang aku ada lalu dijalan tu pada tarikh tu,ahh.. bayar je lah.."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive