Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 4 November 2012

ORANG ASLI PAHANG SURUH KERAJAAN PAHANG SELESAIKAN DULU KRISIS AIR NEGERI INI,SEBELUM BERHASRAT SALUR AIR KE SELANGOR!!!




Memang amat memalukan bagi kerajaan BN Pahang apabila masyarakat Orang Asli Pahang meminta kerajaan BN Pahang menyelesaikan krisis air di Pahang sebelum berhasrat nak menyibuk dalam hal air Selangor..

Gesaan tersebut lahir dari kemarahan penduduk yang mengalami masalah bekalan air setiap hari selama 5 bulan sedangkan bil air pula tinggi iaitu antara RM40 hingga RM150 sebulan walaupun sering tiada bekalan air..
ini ekoran tekanan angin yang kuat sedangkan air yang keluar terlalu kecil.


Malahan menurut penduduk, masalah ketiadaan air ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama dan semua pihak yang berwajib sudah pun mengetahui masalah air ini namun tiada tindakan yang diambil bagi mengatasinya..


Tidak mahu terus dibelenggu kemelut air berlarutan, penduduk mencadangkan tangki baru dibina di sekitar kawasan berdekatan bagi memudahkan penyaluran bekalan air bersih ke rumah penduduk tanpa gangguan.

Nor Rizal Rajim, 32, berkata, penduduk di sini termasuk Kampung Bukit Serdang menerima air dari Loji Air Kertau, Maran yang dipam ke Rumah Pam Bohor sebelum disalurkan ke rumah masing-masing.


Katanya, tidak pasti di mana silapnya sehingga mereka tidak boleh menerima bekalan air bersih sedangkan paip lama sudah berganti.


“Kalau dulu, alasan paip bocor diberikan setiap kali bekalan terputus, tetapi apabila paip sudah berganti tidak seharusnya keadaan ini berulang.


“Kawasan rendah, masih boleh menerima air bersih tetapi tidak di kawasan yang tinggi. Keadaan ini sangat menyusahkan kami lebih-lebih lagi, ada yang mempunyai anak kecil dan mempunyai ahli keluarga yang terlantar sakit,” katanya.


Nor Rizal berkata, penduduk beragama Islam paling terbeban dengan masalah berkenaan.


Malah katanya, masalah itu turut melibatkan Sekolah Kebangsaan Bukit Rok yang menempatkan seramai 210 pelajar termasuk lebih 70 pelajar asrama, di sini.


Difahamkan, Rabu lalu, pihak Perbadanan Air Pahang Berhad (Paip) telah menghantar bekalan air untuk memenuhkan tangki di asrama, tetapi air tadahan di sekolah masih tiada.


Menurut Nor Rizal, sekiranya tangki baru itu dapat dibina, ia dapat menyelesaikan krisis bekalan air di sini, sekali gus memberi keselesaan kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah terbabit.


Selesai isu air di Pahang


Penduduk mahu kemelut isu air di negeri ini diselesaikan sebelum berhasrat menyalurkan ke negeri Selangor.


Bagi Nor Haisah Putal, 35, perkara itu tiada kaitan dengan politik tetapi lebih kepada masalah rakyat.


Katanya, seharusnya masalah air tidak lagi menjadi isu utama di kampung berkenaan.


“Kalau boleh, selesaikan masalah air di negeri ini dulu, baru bantu rakyat Selangor. Kami sudah biasa dengan air paip, takkan dah lebih 20 tahun guna air paip, masih nak bergantung air perigi atau sungai.


“Sumber air itu pun sudah tidak bersih. Kalau bersih, kami pun tidak kisah. Jimatlah tak perlu bayar bil air,” katanya.


Penduduk berharap, Paip lebih cekap menguruskan perkara itu dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikannya.


Lianglahad -  BN ni betullah...
masalah air di negeri sendiri pun tak pernah nak selesaikan, ada hati nak campur urusan air Selangor..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive