Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 19 November 2012

MANGSA METER DIGITAL TNB - BIL LETRIK DARI RM8.75SEN MENINGKAT JADI RM100 SETIAP BULAN!!


Selepas TNB menukarkan meter lama kepada meter digital..
ramai rakyat Malaysia yang mengeluh mengenai bil semasa yang tinggi dari kebiasaan...

Ini dinamakan kenaikan bil secara senyap-senyap...
tiada pengumuman kenaikan tarif tetapi bil para pengguna melambung tinggi..
ini yang dinamakan kezaliman alaf baru..


Arjunan (kiri, duduk) bersama ahli persatuan menunjukkan dokumen bil elektrik yang dikesan naik mendadak.
RAWANG - Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa mengkaji semula pemasangan sistem meter digital yang didakwa masih banyak kelemahan sehingga membebankan penggunanya.

Presiden Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia, M Arjunan berkata, lebih 50 aduan mengenai masalah bil elektrik naik mendadak diterimanya sejak penukaran meter manual kepada sistem digital itu.


Menurutnya, rumah persinggahannya di Bukit Beruntung turut mengalami nasib sama apabila bil semasa RM8.75 meningkat RM100 hampir setiap bulan.


“Pada Mac lalu, bil dikenakan RM8.75 dan saya terkejut apabila bil Ogos mencecah RM1,211.

 “Apabila dirujuk kepada TNB, mereka memaklumkan berlaku kesilapan kiraan atau terlebih caj sebanyak RM393.79 menjadikan bil tertunggak yang dikeluarkan November lalu ialah RM928,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, satu laporan dibuat berhubung insiden itu kerana didakwa sengaja menganiaya pengguna melalui meter yang boleh diselaras untuk meningkat atau merendahkan bacaannya.


Menurutnya, pendedahan dibuat kepada media bukan untuk publisiti tetapi meningkatkan kesedaran pengguna khususnya yang mengalami nasib sama tetapi tidak membuat aduan.


“Setiap bulan, sekurang-kurangnya hanya satu atau dua hari sahaja saya akan singgah di rumah berkenaan kerana tinggal di Ipoh tetapi bil yang diterima luar biasa dan terlalu banyak.


“Jiran turut terkejut melihat bil semasa rumah persinggahan itu apabila purata bulanan mencecah RM100 sedangkan mereka yang tinggal secara tetap hanya dikenakan sekitar RM50 sebulan,” katanya.


Arjunan berkata, beliau turut merujuk masalah itu kepada juruteknik elektrik dan dimaklumkan meter digital berkenaan mudah diubah bacaannya berbanding sistem manual.


Oleh itu, beliau meminta individu atau keluarga yang mengalami nasib sama sepertinya tampil supaya usaha membawa masalah berkenaan kepada TNB dapat dilakukan.


“Mereka boleh menghubungi 013-7726777 atau 013-5227795 untuk berkongsi masalah mereka mengenai bebanan bil elektrik.


“Satu protes akan dibuat jika perlu sekiranya TNB gagal menyelesaikan masalah pengadu dalam tempoh ditetapkan sebagai menuntut hak keadilan memandangkan bukan semua pengguna golongan berkemampuan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive