Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 5 November 2012

KITA PERLU FAHAM KENAPA KERAJAAN PERLU SANGAT LAKSANAKAN AES!!!


KUALA LUMPUR: Tender pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikuasai kroni Umno, dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang.

Chang mendakwa, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor.

Rozana, menurut Chang merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atkah Abdullah, dua tokoh pemimpin Umno yang disegani di Johor.


“Tan Sri Redzuan merupakan bekas ADUN Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atkah pernah menjadi ADUN Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat.

“Selain itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada ADUN Machap Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Chang mencabar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera AES kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

Beta Tegap merupakan salah sebuah daripada dua syarikat swasta utama yang mendapat kelayakan tender pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain ATES Sdn Bhd.

Sebelum ini Ahli Parlimen Selayang William Leong mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

Namun dakwaan itu disanggah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pada ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan.


Patut lah Kerajaan nak sangat laksanakan AES...
hehehe...

1 comment:

  1. bila ada ahli keluarga kau yang mati atas jalan.. jangan plak ko yang over sokong sangat aes.. tau?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive