Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 17 November 2012

KERETA TELAH DILAPORKAN DICURI TAPI TETAP TERIMA SAMAN AES!!


Sudah lah kerugian sebanyak RM15,000 akibat dari keretanya dicuri,di saman pulak oleh mesin pembuat duit kerajaan BN,AES..

Saman AES di terima seminggu selepas kereta beliau di curi..
dan saman itu dikeluarkan ketika pencuri kereta beliau memandu melebihi had laju di lebuhraya utara selatan berhampiran Taiping pada 27 October 2012 yang lalu,sehari selepas kereta beliau dicuri..

Nampak sangat sistem AES ini hanya berfungsi untuk menyaman pemandu sahaja.. tak cek terlebih dahulu,janji saman tetap saman!!


Sepatutnya sebelum surat saman dihantar kepada pemilik,status kereta berkenaan sepatutnya sudah pun diperiksa dan sepatutnya sistem yang ada  sudah pun dapat mengesan dari awal lagi bahawa kereta berkenaan telah pun dicuri kerana laporan polis mengenai kecurian kereta berkenaan sudah pun dibuat pada hari ianya dicuri..

Ini lah yang dihadapi oleh seorang setiausaha sebuah syarikat swasta,Ng Lee Kee, 33 tahun..

Kereta model Proton Saga Aeroback berwarna merah jingga miliknya hilang ketika dia menghadiri mesyuarat di Taman Canning pada 26 Oktober lalu.

“Sewaktu kejadian, saya meletakkan kereta berhampiran dengan lokasi mesyuarat diadakan lebih kurang jam 7 malam.

“Bagaimanapun, selepas mesyuarat tamat pada jam 9.45 malam, saya mendapati kereta hilang sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam pada hari yang sama bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.


Cuba bayangkan kalau orang menggunakan plet kereta palsu yang sama dengan plet kereta kita..
saman akan dikeluarkan atas nama kita..

Lepas tu,kita terpaksa ambil cuti,turun naik pejabat JPJ dan silap-silap haribulan kita kena turun naik mahkamah hanya kerana mahu membuktikan kita tidak memandu di jalan dan waktu yang tertera di dalam saman AES tersebut akibat dari orang lain menggunakan plet palsu yang sama dengan plet kereta kita...


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive