Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 14 November 2012

KERANA DEDAH BN YANG LULUSKAN KONDO DI BATU CAVE YDP SELAYANG DIPINDAHKAN


Datuk Zainal Abidin Aala
Hanya disebabkan mendedahkan perkara sebenar isu kondo yang menjadi isu baru-baru ini,Yang Dipertua Selayang ditukarkan ke ibu pejabat Institut Tadbiran Awam Negara berkuat kuasa esok.

Tapi disebabkan esok cuti umum,beliau akan melaporkan diri pada hari Jumaat dan hari ini adalah merupakan hari terakhir beliau di Majlis Perbandaran Selayang..


Pemindahan secara tiba-tiba itu mengejutkan ramai pihak terutamanya selepas pendedahan yang dibuat Datuk Zainal Abidin Aala yang menggagalkan BN dari cubaan menjadi hero dalam isu kondo di Batu Cave..

Dari pendedahan tersebutlah maka rakyat Malaysia baru tahu kondo tersebut diluluskan oleh kerajaan BN dan kini BN pula cuba menjadi hero dengan  menyalahkan kerajaan Selangor dan dengan rasa tak bersalahnya pula mengatakan BN berjanji akan memindahkan projek kondo tersebut jika BN berjaya tawan Selangor..

 

Pusat Bertindak Pindahkan Zainal Sebab Keluar Kenyataan Rugikan Umno-BN?

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata Zainal Abidin merupakan “mangsa keadaan” apabila beliau terpaksa mendedahkan fakta di dalam projek kontroversi tersebut.

“Dia terpaksa beritahu projek ini diluluskan bukan baru-baru ini tetapi di zaman BN mentadbir lagi.

“Bila ‘press’ minta minit mesyuarat dia kena bagi sebab Selangor ada Akta Kebebasan Maklumat, jadi sesiapa tak boleh salahkan dia,” kata Ronnie apabila ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Zainal sebelum ini memberitahu bahawa Kebenaran Merancang terhadap projek kontroversi Dolomite Park Avenue di Batu Caves telah dikeluarkan ketika BN menerajui Selangor, pada 30 November 2007.

Zainal juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains (JMG) pada ketika itu.

Namun Jabatan Alam Sekitar (JAS), dalam laporan awalnya, tidak menyokong pembinaan projek itu atas alasan yang tidak disebutkan.

Beliau turut mendedahkan suatu minit mesyuarat MPS yang jelas membuktikan Kebenaran Merancang kondominium 29 tingkat itu dikeluarkan dalam mesyuarat tersebut.

Projek yang dimajukan oleh syarikat pemaju, Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves dianggap sebagai sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu untuk beribadat.

Ronnie juga memberitahu hari ini pertukaran Zainal ke jabatan yang masih belum diketahui itu akan berkuat kuasa Jumaat ini.

“Hari ini adalah hari terakhir Zainal di MPS sebab esok cuti umum dan saya akan bercakap dengan dia nanti, apa pun saya anggap ini tindakan tidak adil,” ujar beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive