Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 30 November 2012

KERAJAAN BN LARANG JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI KERJASAMA DENGAN SELANGOR!!!




Kita ni tak sama dengan negara-negara lain..
kita ni ibarat satu negara yang asing yang amat ketinggalan dalam mengamalkan politik matang..

Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO mengamalkan politik sempit sehinggakan banyak jabatan-jabatan tidak dibenarkan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat..

BN dan UMNO seharusnya tahu yang mana satu kerjasama politik dan yang mana satu perkhidmatan untuk rakyat yang telah diamanahkan..

Ini dapat dilihat dalam kes Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhubungan rasmi bersama Kerajaan Selangor walaupun Kerajaan Selangor bermaksud mahu menyelesaikan isu pewartaan tanah Orang Asal di negeri ini.

Sehinggakan jika memerlukan satu mesyuarat pun tak boleh diadakan di pejabat kerajaan negeri mahupun di pejabat JAKOA sendiri..
kena adakan mesyuarat di luar,ditempat lain..

Dan sekiranya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) patuh kepada arahan politik sempit BN ini,maka yang ruginya adalah Orang Asal itu sendiri..

Pusat Larang Kerjasama Dengan Selangor Bagi Selesaikan Masalah Orang Asal.

SHAH ALAM, 29 NOV : Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) didakwa tidak dibenarkan untuk mengadakan perhubungan rasmi bersama Kerajaan Selangor bagi menyelesaikan isu pewartaan tanah Orang Asal di negeri ini.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong mendakwa, arahan larangan kepada pihak Jakoa itu telah dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat.

Ekoran itu katanya, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil pendekatan dengan mengadakan mesyuarat di luar pejabat untuk menyelesaikan sebarang masalah berbangkit berkenaan Orang Asal.

Bagaimanapun, jelasnya, pihak Jakoa mempunyai hubungan baik bersama Pejabat Daerah dan Tanah serta jabatan-jabatan negeri lain.

“Saya rasa sedikit tersinggung kerana Kerajaan Negeri Selangor memang tiada perhubungan secara langsung dengan Jakoa.

“Apabila saya panggil Pengarah Jakoa Selangor dua tahun lalu untuk adakan mesyuarat berhubung isu pewartaan tanah orang asal, mesyuarat itu tidak diadakan di Pejabat SUK atau Pejabat Jakoa, tetapi diadakan di luar.

“Ini kerana mereka tidak dibenarkan untuk mengadakan mesyuarat rasmi dengan pejabat saya.
“Walaubagaimanapun di peringkat daerah, Jakoa dan Pejabat Tanah mempunyai hubungan yang lebih baik. Saya harap pihak Jakoa lebih profesional.

“Saya tiada niat untuk mengutuk sesiapa, kita hanya mahu bekerjasama secara baik. Kita mahu selesaikan isu pewartaan tanah orang asal sahaja,” katanya semasa menjawab pertanyaan Lee Kim Sin (PKR-Kajang) berhubung isu penempatan orang asal di negeri ini.

Namun, menurut Elizabeth, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya pihak Jakoa mempunyai hubungan baik bersama Pejabat Tanah dan Daerah asalkan segala isu dapat diselesaikan dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive