Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 16 November 2012

KEJATUHAN PEMERINTAHAN AKIBAT KEGAGALAN PEMIMPIN,KATA RAJA NAZRIN DEPAN MUKA ZAMBRY


Barulah aku faham kenapa kepimpinan UMNO Perak tidak begitu sebulu dengan Pemangku Sultan Perak, iaitu Raja Dr. Nazrin Shah ni..

Hari ni Raja Nazrin mengingatkan Zambry bahawa sejarah kejatuhan sesebuah empayar dan pemerintahan itu berpunca daripada kegagalan pemimpin..
kata-kata Raja Nazrin itu diucapkan di hadapan muka Zambry,Menteri Besar Perak yang berkuasa hasil dari rampasan kuasa..
 
Raja Nazrin memahami tuntutan rakyat jelata yang rata-ratanya kini sudah melakukan perubahan minda..

Raja Nazrin faham rakyat tidak lagi boleh dikongkong atau diperbodohkan
seperti yang kerajaan BN lakukan sebelum ini..
rakyat sudah berhijrah diperingkat minda dan bijak menilai sesuatu isu dan semakin tahu apa hak-hak mereka..

Raja Nazrin mahu pemimpin kerajaan supaya lebih memahami kehendak rakyat..
kegagalan kerajaan untuk berhijrah selari dengan perubahan yang dimahukan rakyat akan mencetuskan masalah besar...

Semua orang tahu,bahawa BN dan UMNO tidak pernah mahu memahami apa sebenarnya yang rakyat mahukan..
kerajaan melihat jika rakyat merungut.. kerajaan hulurkan bantuan RM500, selepas beberapa hari RM500 pun habis dan keadaan angkuh BN tetap seperti sediakala.. tidak pernah berubah..

Kegagalan pemimpin - Raja Nazrin..

“Sejarah sudah menunjukkan bahawa antara punca kejatuhan empayar dan kejatuhan pemerintahan adalah kegagalan di peringkat pimpinan untuk melakukan penghijrahan secara bijaksana dalam mengurus tadbir sesebuah empayar atau negara.  

“Perlu disedari, bahawa penghijrahan itu umumnya mula tercetus sebagai idea di dalam minda dan aktif bergerak dalam minda.  Minda yang aktif adalah yang banyak berfikir, sering mencetuskan pemikiran baru, pemikiran yang menuntut kepada perlunya penghijrahan,” titah baginda.

Raja Nazrin yang tak terlibat dalam politik pun faham..
tetapi UMNO yang sudah berkuasa selama 55 tahun tidak pernah nak faham..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive