Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 29 November 2012

KANTOI SUDAH!! KELUARGA NAJIB DIDEDAHKAN TERIMA RASUAH BAGI URUSAN PINDAH MILIK TANAH!!


Memang nasib Najib dah tak dapat nak diselamatkan lagi dah..
bila pemimpin no.1 negara terlibat dengan rasuah..
bermakna dia dah menzalimi amanah yang rakyat berikan kepada beliau..
kita tak boleh nak sokong,bersatu dan bantu membantu pemimpin yang zalim macam ni..
 
Pendedahan yang dilakukan oleh ahli perniagaan karpet,Deepak Jaikishan yang mengatakan beliau telah "menyumbang banyak" kepada keluarga Najib bagi satu urusan tanah, sudah jelaslah bahawa Perdana Menteri kita ini memang tidak amanah dan menggunakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri untuk kepentingan peribadi..
Untuk apa lagi kita memilih Perdana Menteri seperti ini..?
 
Najib memberikan tayar percuma kepada pemandu teksi,pemberian BR1M dan sebagainya itu hanyalah bagi menutup penyelewengan yang telah dilakukan beliau..
 
Perompak yang baru sahaja merompak kedai berlian..
kemudian menyerahkan sebiji dari beratus-ratus berlian yang dicurinya tadi kepada kita,lepas tu kita nak ucap terima kasih pada dia..?
nak angkat dia jadi pemimpin..?
 
Pendedahan Deepak ini jelas,berani dan meyakinkan..
Jadi Najib perlu berani menyangkalnya sekiranya tidak benar..

Jangan pula jadi macam kes akuan bersumpah Bala,yang mengatakan Najib sememangnya ada hubungan "intim" dengan Altantuya..
di mana Najib sehingga kini masih lagi tidak berani mengheret Balasubramaniam ke mahkamah jika benar-benar dia mahu mengatakan Bala hanya melakukan fitnah..
 

Deepak dakwa bayar keluarga Najib bagi urusan tanah


 
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.

Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.

NONEIni bermula, jelas Deepak, dengan satu perjanjian penswastaan pada
tahun 2005 di mana syarikat itu telah ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya.

Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta itu, yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Klang.

Bagaimanapun, Deepak berkata, ahli politik berkenaan tidak mempunyai kepercayaan kredit pada masa itu untuk mendapatkan bon tanah RM72.5 juta yang diperlukan bagi projek tersebut dan oleh itu, telah menemuinya untuk mendapatkan bantuan.

Perjanjian itu, katanya, akan memerlukan beliau mendapatkan bon tanah RM72.5 juta dan ditambah RM23 juta dalam bayaran tunai kepada syarikat tersebut.

Sebagai balasan, kata Deepak, syarikat ahli politik tersebut akan memberinya pemilikan hartanah berkenaan, yang merupakan sekeping tanah prima bersebelahan dengan bandar Alam Setia yang kini pesat berkembang.

najib abdul razak in perth chogm 1Nama ahli politik dan syarikat terlibat dirahsiakan sementara
menunggu jawapan mereka kepada permintaan Malaysiakini bagi mendapat komen.

"Beliau gagal untuk mendapatkan kerajaan bersetuju bon tanah dikeluarkan kepada pihak ketiga kerana di bawah penswastaan, syarikat yang mendapat (projek) penswastaan, tanah mesti kekal di bawah nama mereka.

"Jadi, saya menganjurkan satu mesyuarat untuk beliau bertemu (Najib), yang pada masa itu adalah menteri pertahanan kita, untuk membenarkan tanah ini dipindahkan kepada syarikat pihak ketiga," katanya.

Deepak berkata pemindahan itu dapat dilakukan selepas beliau "menyumbang banyak" kepada keluarga Najib.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive