Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 6 November 2012

KAJIAN UM MENGECUTKAN NAJIB- JUMLAH PENGUNDI BN SEMAKIN MEROSOT!!






Nampaknya kajian UM kali ni sangat memberangsangkan..

sebab kajian yang dilakukan  dari 1 hingga 16 September itu menunjukkan isu besar negara seperti 
  • Lynas,
  • NFC dan 
  • indeks jenayah 
...masih mempunyai kesan yang amat besar di hati pengundi..
Ini belum lagi dimasukkan isu AES yang membangkitkan kemarahan rakyat masakini...

Integriti buruk pemimpin BN juga merupakan penyumbang kepada kemerosotan pengundi BN dalam PRU 13 nanti... 

Selain dari itu laporan berita media massa negara yang cuba memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat juga tidak dipercayai oleh rakyat..
ye lah.. sebagai contoh,Utusan laporkan kerajaan Selangor tidak pandai mentadbir,tapi simpanan kerajaan negeri dah cecah RM2 billion lebih..
memang bercanggah ler dengan laporan Utusan tu...

Kalau macam ni keputusannya,makin berpeluhlah Najib nak umumkan pembubaran parlimen..
lagi cepat bubar,lagi cepatlah dia kena berpindah rumah...
jangan dia lambat nak berpingdah keluar macam Tajol Rosli dulu dah ler..

Kajian UM: Pengundi BN Merosot Disebab Integriti Buruk Pemimpin

SHAH ALAM, 6 NOV : Meremehkan soal integriti menyebabkan prestasi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dijangka bakal mengalami kemerosotan.

Menurut laporan kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya (UMCEDEL) baru-baru ini, sebanyak 66 peratus responden percaya integriti buruk pemipin Umno-BN akan memberi kesan buruk terhadap prestasi parti itu dalam pilihan raya nanti.

Kajian yang dijalankan dari 1 hingga 16 September itu juga menunjukkan 60 peratus responden percaya isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang tidak terkawal juga akan menjadi isu duri dalam daging kepada Umno menjelang pilihan raya nanti.

Manakala isu lain yang dijangkan memberi kesan buruk terhadap prestasi Umno-BN, Lynas dengan 59 peratus, isu National Feedlot Corporation (NFC), 55 peratus dan diikuti 54 peratus bagi isu kegagalan kerajaan mengurangkan kadar jenayah.

Kajian yang melibatkan seramai 1536 responden itu juga menjelaskan sebanyak 52 peratus dari mereka, percaya bahawa isu Demontrasi BERSIH turut menjejaskan sokongan terhadap Umno-BN.

Sementara itu, menurut rumusan kajian sama, laporan media terhadap ‘kelemahan’ negeri Pakatan Rakyat juga semakin kurang mendapat kepercayaan masyarakat.

“Terdapat kesangsian yang tinggi terhadap percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti dalam PR dan kelemahan dalam pentadbiran yang didedahkan oleh media massa,” menurut ringkasan laporan kajian tersebut.

Dalam isu sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika mengulas laporan tersebut, menjangkakan pengundi dalam PRU-13 nanti akan mengambil kira isu integriti dan kemampuan PR mentadbir negara sekiranya diberi peluang nanti.

“Ya, saya rasa soal integriti dan kredibiliti merupakan isu utama dalam pilihan raya yang akan datang ini.

“Ianya bukan soal Melayu bergaduh dengan Cina atau Islam dengan bukan Islam, tetapi persoalan nak dapatkan pemimpin yang berintegriti yang mempunyai kredibiliti dan mempunyai kemampuan untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih daripada segala jenis rasuah,” katanya kepada TV Selangor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive