Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 25 November 2012

JIKA BENAR TELUS - KERAJAAN DI DESAK DEDAHKAN KERTAS PUTIH SKANDAL NFC!!


SHAH ALAM, 24 NOV : MP Pakatan Rakyat (PR) mencabar Perdana Menteri, untuk mengikut contoh Kerajaan Selangor dan mengeluarkan kertas putih skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM 250 juta.

Ini kerana Kerajan Selangor telah mengeluarkan kertas putih tentang pelunasan hutang Talam Corporation kepada Selangor berjumlah RM 392 juta, yang hangat diperkatakan oleh pemimpin Umno-BN.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kertas putih tersebut telah berjaya membuktikan bahawa dakwaan kerajaan negeri gunakan duit rakyat untuk ‘bailout’ syarikat Talam adalah tidak benar dan tidak berasas.


“Kejayaan membentangkan kertas putih ini telah membuktikan pentadbiran PR bersikap telus, jujur dan tidak menyembunyikan sebarang urusniaga yang melibatkan harta milik rakyat yang bernilai jutaan ringgit.”

Abdul Khalid yang juga MP Bandar Tun Razak berkata demikian di dalam satu kenyataan akhbar yang turut disokong enam MP PR yang lain.

Mereka adalah MP Lembah Pantai ,Nurul Izzah Anwar, MP Rasah, Loke Siew Fook, MP Seputeh, Teresa Kok, MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, MP Batu, Chua Tian Chang dan MP Serdang, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, NFC perlu diaudit oleh firma antarabangsa seperti PriceWaterhouse Coopers.
“Kita mahu kerajaan Persekutuan menerangkan kepada rakyat bagaimana dana milik rakyat ini telah dibelanjakan dan membentangkan semua perbelanjaan, pihak yang membelanjakan dan aset-aset yang dibeli untuk disemak oleh rakyat,” kata beliau.

Tambah Abdul Khalid, terdapat ahli politik BN yang lantang mengkritik usaha kerajaan Selangor mengutip hutang Talam tetapi ‘menikus’ dalam isu skandal NFC.

“Kita percaya sekiranya kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri gagal menyediakan kertas putih, maka terbukti Barisan Nasional tidak jujur menguruskan harta rakyat dan tiada alasan lagi untuk rakyat terus menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang,” tegas Abdul Khalid.

1 comment:

  1. MB terbaik yg aku respect...bila la Johor nak ada mcm Tan sri Khalid ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive