Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 16 November 2012

JAMBATAN PASANG SIAP TAK SELAMAT,41 TAHUN JALAN TAK BERTURAP DENGAN ALASAN TIADA PERUNTUKAN!!


Negeri Sembilan perlukan perubahan kali ini..
kasi tukar satu kali...

Apabila jambatan yang selamat pun gagal dibina dan jalan tidak berturap selama berpuluh-puluh tahun dengan alasan tiada peruntukan sudah cukup untuk rakyat Negeri Sembilan melakukan perubahan..

Tiada peruntukan selama berpuluh tahun memang satu alasan yang tak logik...


KUALA KLAWANG - “Kadangkala saya terpaksa meredah air Sungai Klawang untuk membawa peralatan memasak dari rumah ke kedai makan berikutan tidak berani menggunakan jambatan,” kata seorang penduduk, Zainah Abdul Hamid, 57.

Zainah berkata, jambatan pasang siap yang diperbuat daripada besi itu licin dan bahaya untuk digunakan bila hujan.

 
Menurutnya, kebiasaannya jambatan itu digunakan keluarganya untuk ke rumah saudaranya yang berada di sebarang sungai.

“Kaki anak saya pernah tersepit di antara besi jambatan itu ketika mahu menghantar makanan ke rumah saudara kami.

Jambatan pasang siap yang menghubungkan rumah Mat Rodi dan saudaranya 
 “Selain itu, kawasan jambatan ini juga gelap kerana tiada lampu jalan,” katanya yang sudah tiga tahun mengusahakan kedai makan.

Sementara itu, suaminya, Mat Rodi Lazim, 61, berkata, jalan yang menghubungkan rumahnya dengan jalan utama juga tidak pernah diturap.


Menurutnya, berikutan masalah itu, bila hujan dia akan tinggal sementara waktu di kedai makan miliknya yang terletak di Kampung Batu Serambai kerana jalan yang menghubungkan rumahnya tidak boleh dilalui.

“Bila hujan jalan yang menghubungkan rumah saya akan becak dan bahaya dilalui terutama pada waktu malam.

“Sejak saya mendiami rumah di pinggir Kampung Kemin ini 41 tahun lalu, jalan di kawasan berkenaan tidak pernah diturap,” katanya.

Mat Rodi yang juga pesara tentera berkata, jalan ke rumahnya juga berada berhampiran sungai dan kini keadaannya semakin terhakis.

Dalam pada itu, Mat Rodi berkata, dia sudah membuat aduan ke Pejabat Daerah dan Tanah, ketua kampung dan wakil rakyat tetapi sehingga kini masih sama.

Antara jawapan yang diberi kepada kami ialah tiada peruntukan untuk membina jalan dan jambatan tetapi sampai bila kami harus tunggu,” katanya yang memiliki enam anak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive