Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 7 November 2012

ISU NURUL IZZAH - RAKYAT TERKEJUT SULTAN SELANGOR TERKEJUT!!


Utusan melaporkan bahawa Sultan Selangor terkejut dengan isu Nurul Izzah yang mengambil ayat Al Quran,di dalam surah Al Baqarah ayat 256 yang berbunyi :-

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.."



Dalam kenyataan Nurul Izzah yang disensasikan oleh UMNO tanpa usul periksa tu..
Nurul Izzah mengatakan tiada paksaan dalam menganuti agama Islam tetapi selepas menganutinya ada paksaan di dalam mentaati perintah Allah dan Nurul Izzah juga menjelaskan ini termasuk larangan untuk murtad (keluar dari Islam)..

Kenyataan Nurul Izzah itu memang selari dengan ayat Al Quran..

Jadi aku tak tahulah dengan tajuk Utusan ni samada Sultan Selangor tu terkejut dengan kepandaain Nurul Izzah di dalam pemahaman Al Quran..
atau pun Sultan Selangor terkejut melihat betapa bodohnya pemahaman UMNO dan MAIS di dalam mentafsir ayat Al Quran.. 

Sebab yang beri komen "terkejut" tu hanyalah dari Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa..
dia je yang disahkan terkejut,Sultan belum tentu terkejut lagi..

Dalam akhbar sinar harian pun yang menyatakan terkejut tu adalah Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa tu jugak..
jadi aku tak pasti samada Sultan memang ada memberi respon terkejut dalam isu ini..

Tetapi jika benarlah Sultan Selangor terkejut kerana Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang mungkin beliau anggap tidak patut..

Aku rasa dengan kebijaksanaan Sultan Selangor ni,mungkin beliau 10 kali terkejut dengan kenyataan Tun M dahulu yang menyatakan hukum hudud tu zalim..

Juga Sultan Selangor mungkin terkejut sama dengan kenyataan Tun M yang manusia di dunia ini tak perlu mengkagumi Nabi Muhammad sangat,kerana jika Allah tak turunkan Muhammad,Allah akan turunkan lelaki lain sebagi Rasul,kata Tun M secara selamba tanpa rasa bersalah..

Mungkin juga Sultan Selangor akan rasa terkejut dengan kenyataan Presiden MCA,Chua Soi Lek yang secara terang-terangan menghina hudud dan Islam,apabila beliau mengatakan 1.2 juta rakyat akan terjejas jika hudud dilaksanakan dan negara-negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang korup.

Mesti Sultan rasa terkejut punyalah dengan kenyataan Tun M dan Chua Soi Lek tu..
lebih-lebih lagi MCA adalah komponen BN..
 
Sultan adalah seorang yang bijak..
mana mungkin Sultan hanya terkejut dengan isu Nurul Izzah ni sahaja..

Cuma untuk bersangka baik,kita anggap sahaja terkejutnya Sultan pada ketika berlakunya penghinaan Islam oleh Tun M dan Chua Soi Lek tu wartawan tak sempat melaporkan..
jadi kita tak tahu Sultan sebenarnya mungkin terkejut juga pada waktu tu...

kah..kah..kah..

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive