Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 5 November 2012

ISU MELAYU DAN TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA - PENJELASAN NURUL IZZAH!!


Nurul Izzah dituduh sebagai orang yang "konon-kononnya" menyokong melayu bebas memilih agama..
dan kenyataan beliau yang mengatakan "tiada paksaan dalam Islam" itu cuba dibelitkan dengan memberikan persepsi bahawa beliau bersetuju melayu bebas memilih agama mereka selain dari Islam...

Ini ada dinyatakan di dalam Utusan Malaysia yang selama ini tidak pernah berputus asa mengelirukan rakyat Malaysia di dalam laporan-laporan mereka..

Biarpun di saman dan diperintah membayar denda akibat dari salah lapor mereka,namun Utusan tidak pernah berputus asa..
(kadang-kadang aku terfikir kalaulah Utusan menggunakan sikap tidak kenal
putus asa mereka ni di dalam menyebarkan dakwah kan ke bagus..)

Hari ini Utusan melaporkan berita yang sebegini.. Melayu perlu bebas pilih agama?
(siap ada tanda soal (?) kerana takut kena saman..)




Berikut penjelasan dari Nurul Izzah berkaitan isu tersebut..

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
4 November 2012


Kalau kita tak tahu apa yang terkandung dalam Surah Al Baqarah ayat 256 seperti yang dikatakan oleh Nurul Izzah tu..
lihat sini...

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Surah Al Baqarah ayat 256

Dari Blog Nurul Izzah

4 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=XXVAHH-W6tw

    toksah baca utusan. sila tengok sendiri apa nurulizzah cakap dalam forum tersebut.

    ReplyDelete
  2. Jangan sebab politik benda yg salah pun terus disokong...dalam bab tafsir agama Islam mengajar kita "tgk apa yg seseorang tu cakap bukan siapa yg bercakap". Diantara agama dan politik, agam kena diutamakan...mana blh ubahsuai tafsiran ayat Quran ikut selera atau akal sendiri, nanti blh jadi murtad...kena faham tu. Orang kuat PAS sendiri pun dah kata Nurul salah.

    ReplyDelete
  3. Nampak sgt berat sebelah bila salahkan Utusan padahal Malaysiakini dan 1Christian blogspot yg mual2 keluar berita. Jika kurang ilmu jgn tunjuk kebodohan...perhati dengan mata dan minda yg celik bukan tertutup nanti blh langgar tiang (agama).

    ReplyDelete
  4. Islam adalah cahaya..selain dari islam adalah kufur..Persoalannya...ATAS DASAR APA NURUL IZZAH SEBAGAI MELAYU DAN MUSLIM MENYATAKAN KEBEBASAN BERAGAMA PERLU KEPADA SEMUA KAUM TERMASUK MELAYU?

    jika agama lain ditaraf yang sama di sisi allah mungkin tiada pertikaian jika izzah berkata demikian..masalahnya..jika izzah sendiri faham tentang kebenaran islam dan meyakini bahawa tiada yang benar selain islam,mengapa izzah menyokong kebebasan itu kepada melayu..
    sewajarnya dia bsyukur bahawa melayu itu telah berada dalam agama yg benar sejak lahir..

    Melayu mesti islam adalah 1 kesyukuran buat kita bangsa melayu kerana islam adalah jalan kebenaran.mengapa perlu diubah?????????

    Sebagai islam sepatutnya kita mengajak orang kepada kebenaran.apa itu kebenaran? Kebenaran adalah islam..

    Berusaha untuk mengalih manusia dari jalan kebenaran ke arah kekufuran adalah kerja SYAITAN DAN MANUSIA YANG MENGIKUT SYAITAN..

    Tidak ade persoalan bagi saya mengenai kepolitikan izzah kerana dunia politik memang kotor...

    Yg saya persoalkan..di taraf mana keislaman nurul izzah????




    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive