Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 1 November 2012

HUTANG KELUARGA SHARIZAT DAN HUTANG RAKYAT MARHAEN - RAKYAT MARHAEN DIDAHULUKAN!!!


Rakyat yang berhutang sewa rumah PPR tak sampai RM1,000 selama 8 bulan sudah dihantar notis ugut untuk dikunci rumah..

Sedangkan NFC yang berhutang pajakan sewa tanah dengan kerajaan Negeri Sembilan sebanyak RM200,000 sejak setahun yang lalu masih dibiarkan tanpa apa-apa tindakan...


 

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani memberikan contoh bagaimana sikap dan layanan kerajaan BN Negeri Sembilan terhadap dua darjat yang berbeza..

Kerajaan Negeri Sembilan boleh memberikan NFC keistimewaan yang sebegitu sedangkan seorang rakyat biasa yang susah diambil tindakan tegas..?

Apabila seorang rakyat marhaen yang gagal membayar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) selama 8 bulan yang berjumlah RM992.00..
notis untuk mengunci rumah dihantar..


Ini sebagai contoh bagaimana BN melayan rakyat marhaen yang tiada jawatan dalam UMNO...
sepatutnya berilah peluang yang sama adil kepada semua pihak..

Kalau NFC yang berhutang sampai RM200K boleh dibiarkan berlanjutan selama setahun tanpa ada notis mengunci permis kenapa tidak diberikan peluang yang sama kepada rakyat yang miskin..?

Semalam Menteri Besar Negeri Sembilan menyatakan yang NFC berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM200K..

 

Kalau nak ikutkan RM200K ni jumlah yang kecik sahaja bagi keluarga Sharizat,Ketua Wanita UMNO tu..

Kereta Mercedes yang dibeli oleh keluarga Ketua Wanita UMNO itu sahaja pun sudah cecah angka setengah juta...
Kondo di Singapura pun dah berjumlah RM10 juta...

Sepatutnya Kerajaan Negeri Sembilan mengenakan tindakan yang lebih tegas kepada penghutang yang sebegini..
bukan kepada rakyat yang sememangnya miskin..
kalau dia tak miskin tidak lah dia tinggal di rumah PPR tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive