Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 20 November 2012

GAMBAR YANG TIDAK PATUT KITA BENARKAN PEJUANG PALESTIN MELIHATNYA!!


Di Malaysia dan di negara-negara Islam yang lain mengadakan kempen memboikot restoran makanan segera McDonald,kerana McDonald adalah penyumbang dana kepada Israel sejak lebih 30 tahun yang lalu..

Namun..
keputusan memboikot produk makanan McDonald tersebut dibalas pula oleh McDonald dengan menawarkan 200 ribu burger percuma kepada 1,000 pelanggan pertama di setiap rangkaian mereka di negara ini semalam (isnin)

Ingatkan kempen burger percuma oleh McD tu gagal dan tak dapat sambutan dari melayu Islam di negara ini..

rupa-rupanya kita tersalah perkiraan..
orang melayu Islam lebih ramai yang beratur bagi mendapatkan sebiji burger percuma..

Seolah-olah si ibu palestin ini keseorangan dalam menghadapi penderitaan dan kesedihan akibat dari kezaliman yahudi yang telah membunuh anaknya..
saudara seislamnya di negara Malaysia ini tidak mampu membantunya walaupun dengan ujian menahan diri dari memakan sebiji burger!!



Dan gambar di bawah ini adalah gambar yang tidak sesekali kita patut benarkan pejuang Palestine (yang kini sedang berjuang bermati-matian, sambil di dalam hatinya berharap umat Islam dan seluruh manusia di muka bumi ini melakukan sesuatu bagi membantu mereka) melihatnya..

Gambar yang menunjukkan betapa murahnya nilai kesungguhan kita dalam menyelami penderitaan rakyat Palestine..


Berbeza dengan Kempen memboikot McD ini diluar negara...
di luar negara kempen boikot ini berjalan dengan serius sekali..
kesungguhan mereka boleh kita lihat di dalam gambar ini..


Mungkin ada yang berkata..
"alah,memang aku ambik burger free tu,tapi tak bermakna aku sokong yahudi.."

Soalnya sekarang adalah penyatuan..
penyatuan kita dalam sesuatu hal demi menunjukkan yang umat Islam seramai lebih 1 bilion ini tidak boleh diperlakukan sebagaimana yahudi memperlakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin sedemikian rupa...

Juga penyatuan sebagai isyarat kepada pihak Amerika dan yahudi bahawa sekiranya kamu sakiti saudara seislam kami di palestin,pasti kami akan bertindak ke atas kamu..!!
itulah isyarat yang kita mahu mereka ketahui..
 
Tetapi kalau dalam hal memboikot barangan seperti McD  ni pun kita dah gagal..
macam mana kita nak kata yang kita akan sanggup bermati-matian demi Islam..?

Senjata burger yang dihantar pun kita dah kalah...!!

10 comments:

  1. Ye . Mmg bnr. Ijtihad yg hak tanpa istiqomah adalah sia-sia. Istiqomah tanpa ijtihad yg hak adalah olok-olok.

    ReplyDelete
  2. yahudi menang maruah

    ReplyDelete
  3. mcd malaysia dah clarify benda ni rasanya, takde langsung sumbangan pada israel, kalau kita boikot, sampai diorg bankrup or something,ramai lagi org islam yg hilang sumber pendapatan. just my 2 cents.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin tak ada sumbangan secara langsung kpd israel, tapi mcm mana pula dari segi franchise fee atau apa2 fee lagi yang dibayar kpd syarikat induk? tak rasa bersubahat ke dlm memberi sumbangan kpd mereka?

      Delete
    2. Kenyataan "kalau kita boikot, sampai diorg bankrup or something,ramai lagi org islam yg hilang sumber pendapatan." tidak sepatutnya diungkapkan kalau kita yakin rezeki adalah ketentuan Allah.
      Kenapa tidak pernah hendak kita terfikir kalu bankrupt mcd maka franchise jenama lain (yg muslim especially) macam Rasamas, Ayamas dll boleh fill the gap? bukankah seterusnya kita juga yg untung??? Bahkan ramai org Islam boleh bekerja syarikat milik Islam yg secara langsung menyumbang kpd ekonomi Islam?? Fikir2 kan..

      Delete
  4. Radix fc kan ada. Ajak owner MCd malaysia melabur kat Radix fc

    ReplyDelete
  5. mcd malaysia ada bayar fee kat mcd corporation sebanyak 5%.. lepas tu mcd ni dari keuntungan seluruh dunia,mereka sumbangkan dana kepada israel berbilion2.. dah 30 tahun dah sumbangan ni dilakukan..
    alah,tak mati kita tak makan mcd ni... bukannya susah pun nak berjuang dalam memboikot mcd ni.. jangan beli.. itu jer yg perlu kita lakukan.. semudah itu!!

    ReplyDelete
  6. org mlysia ada yg penakut...juara kg...bru boikot mc shit da bsg..tp konsert ganggam bodoh tiket ratus2 nnt sgup puasa utk dtg...mjlis ilmu d surau n msjd free,byk alsn lak..ini slh krjn yg m'tdbr....

    ReplyDelete
  7. McD perlu dihapuskan sekiranya kerajaan benar2 support Palestin..

    Kerajaan Malaysia sekadar bercakap bolehlaaa..

    Selagi McD ada di Malaysia, selagi itu jugalah darah umat Islam mengalir tumpah di bumi di Palestin..

    cehh!

    ReplyDelete
  8. Apa masalahnya dalam bab cari rezeki.Zaman sekarang ni cukup senang cari duit apa lagi melibatkan internet,dah berapa ribu org dah berjaya hidup selesa tanpa perlu bekerja dengan syarikat2 yang patut kita boikot tu senang cakap takdak majikanlah...kerja sendiri masa sendiri dan banyak masa dan ruang boleh pergi mengaji timba ilmu dan sentiasa bersama keluarga.Kadang2 kesian anak2 dara org kita ramai yang kje dgn tauke2 yang tidak beragama Islam...solat ada yang dibenarkan ada yang tidak...apa lagi kalau solat tak penting pun bg mereka.Percayalah kalau tau memanafaatkan internet bukan setakat ratus bahkan ribuan ringgit blh kita dapat dgn online bisnes...tp kna lah bijak memilih company2 yang genuine dan jelas perniagaannya.sebagai contoh yang ni...

    www.lpgnxtreme.com/?referid=barakallah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive