Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 21 November 2012

FAKTA ! TIADA LESEN BARU UNTUK RUMAH URUT SEJAK 2008


Fitnah pencacai UMNO yang selama ini cuba menggambarkan bahawa rumah urut dan pusat hiburan semakin bertambah sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat di Negeri Selangor terbukti tidak benar apabila Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah meluluskan sebarang permohonan lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan semenjak mentadbir Selangor pada 2008 lalu..

Lesen yang ada kini hanyalah kesinambungan pemberian lesen di zaman BN sebelum 2008 dulu..

Jadi macam mana pencacai UMNO kini boleh bertindak untuk menjadi juara pulak dalam isu rumah urut dan pusat hiburan sedangkan BN dan UMNOlah yang memberikan lesen kepada pengusaha pusat hiburan tersebut..? 

Tiada Lesen Baru Untuk Pusat Siber, Rumah Urut Sejak 2008

SHAH ALAM 21 NOV : Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada Mac 2008,  Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak lagi meluluskan sebarang permohonan lesen bagi rumah urut, pusat hiburan awam dan pusat siber.

Bagaimanapun, menurut Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu, premis yang mempunyai lesen sebelum 2008 masih boleh memperbaharui lesen mereka.

“Lesen mereka masih boleh diperbaharui setiap tahun selagi tidak melanggar syarat-syarat lesen dan undang-undang sedia ada,” jelas Ronnie ketika menjawab soalan lisan daripada Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz di Sidang DUN pagi tadi.

Ronnie juga memaklumkan dewan bahawa lesen baru hanya diberikan untuk pusat penjagaan kesihatan seperti refleksologi, aromaterapi, fisioterapi, spa dan sauna serta gimnasium.

Ini termaktub dalam Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan.
Sementara itu, bagi aktiviti pusat hiburan pula, lesen baru hanya dibenarkan bagi aktiviti pusat istirehat dan pusat hiburan keluarga.

Antara lain ialah karaoke keluarga, kiosk karaoke, pusat bowling, ‘fun fair’ dan pusat hiburan keluarga yang menyediakan beberapa bentuk hiburan seperti ‘kiddyride’ dan mesin simulator.

“Mereka juga perlu mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan iaitu tidak menghidangkan atau menyediakan minuman keras kepada pelanggan,” tegas Ronnie yang juga Adun Pandamaran.

Sejak 2008 sehingga kini, sejumlah 179 lesen pusat penjagaan kesihatan, 1,278 lesen pusat hiburan keluarga dan istirehat serta 224 lesen hotel bajet dikeluarkan Kerajaan Negeri.

1 comment:

  1. VEN. ASHIN INDAKA (MYANMAR MONK) TO BE A MILLIONAIRE

    Ven. Dr. Ashin Indaka (Myanmar Buddhist Monk) or who is cheated devotee money about who want to become a monk; it is needed to pay RM400 per person. Each year more than 100 people become monks on Chinese New Year (Rm400 X 100people=Rm40, 000.00), then he spends 5 years in Malaysia (Rm40000.00 x 6 years=Rm240000.00) and total another income (donation) about Million MR (Malaysia Ringgit). This is news by MEMBERS OF SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE (No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive