Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 20 November 2012

AZHAR SULAIMAN MENGAKU SUDAH MURTAD DAN INGIN KEMBALI KE PANGKUAN AGAMA ISLAM!!!


Menggemparkan dunia media baru dan dunia hiburan apabila pelakon Azhar Sulaiman mengaku dirinya sudah murtad dan menyatakan ingin pulang semula ke pangkuan agama Islam..

Pengakuan itu dibuat di dalam wall facebook beliau di mana konon-kononnya beliau mahu memerli Tuan Guru Nik Aziz apabila TGNA mengatakan sesiapa yang menolak Islam,maka orang itu mungkin sudah murtad..

Nik Aziz mengatakan "Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.."


Mari kita lihat kenyataan Azhar Sulaiman ini..
samada Azhar Sulaiman ini murtad sebab Nik Aziz mengatakan dia murtad atau pun dia murtad kerana pengakuan dia sendiri..?



Isu utama di sini adalah Azhar sulaiman sudah mengaku beliau sudah murtad apabila menyatakan "saya sebenarnya sudah murtad"


Isu kenyataan TGNA langsung tak ada kena mengena dengan Azhar Sulaiman yang mengaku kurtad ni...


Sebab TGNA kata sesiapa yang tolak Islam,boleh jadi dia murtad dah...
jadi adakah Azhar Sulaiman ini menolak Islam seperti yang dinyatakan oleh TGNA tu..?

Kalau dia tak menolak Islam kenapa dia nak mengaku dia murtad pulak..?
kenapa dia perlu merasakan dirinya termasuk dalam golongan murtad..?
atau dia sememangnya sudah termasuk dalam golongan yang menolak Islam?



Utusan memutar belitkan kenyataan TGNA..
TGNA tidak mengatakan UMNO murtad secara langsung...
murtad ni perlu ada beberapa perlakuan untuk menjadi murtad...
 
Jadi mari kita lihat "ayat utama" dalam isu murtad ini..
TGNA kata...
"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Kerana Utusan..
artis-artis UMNO seperti Azhar Sulaiman ini keliru..
sudahlah mereka jahil dalam mendalami maksud TGNA kerana hanya membaca satu sumber sahaja..
mereka mempermain-mainkan pula soal akidah mereka..
kalau kita kata UMNO tu jahil agama kang,mereka marah pulak..

Habis,kenyataan Azhar Sulaiman ni takkan aku nak kata kenyataan dari seorang yang bijak cerdik agama lak..?

Mari kita perhatikan betul-betul kenyataan TGNA mengenai murtad jika menolak Islam ini...


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi.

Kalau korang (UMNO) memang menolak Islam..
memang patutlah korang terasa pun..
kah..kah..kah...

Ada dua perkara yang jika kita main-main ianya tetap menjadi dan sah sepertimana ucapan kita..
Pertama : jatuhkan talak kepada isteri..
Kedua : soal akidah, seperti mengaku sudah murtad.

Kedua-duanya jatuh walaupun kita hanya berniat bergurau..
 

1 comment:

  1. Lafaz murtad atau mengaku murtad sudah sah jadi murtad walaupun main-main atau tanpa niat untuk murtad.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive