Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 7 November 2012

8548.83 HEKTAR HUTAN SIMPAN HILANG AKIBAT KERAKUSAN KERAJAAN BN PERAK!!!



Kerakusan kerajaan BN Perak di bawah Zambry, Menteri Besar yang tidak sah tetapi "di sahkan" kemudiannya memang ditahap yang teruk dan membahayakan warisan negeri Perak..

Hutan Simpan Kekal di Perak kini semakin terhapus dan ini sekaligus menyebabkan berkurangnya kawasan tadahan hujan..

Kerakusan kerajaan BN Perak dibawah pimpinan Zambry sejak memegang jawatan MB dalam February 2009 sehingga kini telah menyebabkan seluas 8548.83 hektar hutan simpan kekal telah pun dimansuhkan..

Kita perlu ingat..
Zambry angkat sumpah jadi MB dalam bulan February 2009..
jumlah hutan simpan yang hilang ni adalah mengikut pewartaan bermula dari May 2009,iaitu 3 bulan selepas Zambry diangkat jadi MB..

Jadi memang sah kerajaan Zambry ni yang bertanggungjawab sepenuhnya kehilangan hutan simpan yang menjadi tempat tadahan hujan di Negeri Perak...


Pegawai Penyelidik Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, sejak 21 Mei 2009 hingga 2 Mac 2012, seluas 8548.83 hektar kawasan HSK telah dimansuhkan.

“Jumlah yang saya nyatakan itu berdasarkan pewartaan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan jumlah itu belum lagi diganti.


“Pemansuhan HSK seharusnya dikaji dari segi kesan kerana setiap kawasan HSK itu mempunyai fungsi yang tersendiri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.



Meor Razak berkata, sebagai contoh pemansuhan HSK Pondok Tanjung sebelum ini memberikan impak kepada kawasan Kerian apabila daerah itu kerap dilanda banjir.

Katanya, HSK Pondok Tanjung berkenaan pada asalnya kawasan tadahan hujan dan selepas ia dimansuhkan tasik Bukit Merah menjadi cetek dan tidak mampu menampung jumlah air jika hujan lebat.

Menurutnya, tindakan pemansuhan HSK yang dibuat memberikan impak kepada alam sekitar dan penduduk setempat.


“Ini merupakan salah satu contoh jika HSK dimansuhkan tanpa ada sebarang kajian dan penggantian dibuat.


“Kita faham dan tidak menolak pembangunan yang dilaksanakan kerajaan. Tetapi sebaik-baiknya ia dikaji dengan teliti sebelum dilaksanakan,” katanya.


Beliau berkata, pemansuhan HSK juga hanya memberikan keuntungan sementara kepada Kerajaan Negeri sebaliknya jika ia dipelihara, hasil hutan itu boleh dinikmati untuk kepentingan generasi akan datang.




Katanya, isu pemansuhan HSK ini lebih besar daripada isu pencerobohan haram HSK kerana pemansuhan akan memusnahkan keseluruhan hutan sebaliknya pencerobohan boleh dikawal dengan penguatkuasaan.

“Kita harap Kerajaan Negeri bertindak segera menggantikan HSK yang telah dimansuhkan itu mengikut Seksyen 12, Akta Perhutanan 1984,
” katanya.

Nak selamatkan Perak,BN perlu ditumbangkan..!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive