Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 1 November 2012

55 TAHUN TANPA ELEKTRIK DAN AIR - MASIH MAHU KATA BN TIDAK PERNAH PINGGIR RAKYAT??



Tidak sangka pada tahun 2012 ini masih ada lagi rupanya rakyat Malaysia yang hidup tanpa bekalan letrik dan air yang bersih..

Kehidupan yang sedemikian diharungi selama 55 tahun tanpa mendapat perhatian Kerajaan BN yang Najib selalu kata tidak pernah meminggirkan rakyat tu..

Itulah keadaan yang terpaksa dilalui oleh 20 buah keluarga di Kuala Sangga, Kuala Sepetang,Perak..


Selama 55 tahun mereka tidak mendapat bekalan letrik dan air yang bersih..
mereka terpaksa menyimpan air hujan di dalam tong dan tangki air..

Manakala untuk minuman pula mereka terpaksa membelinya di Kuala Sepetang dan bagi bekalan elektrik,mereka terpaksa menggunakan penjana elektrik milik mereka sendiri..


 Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng berkata,
"Sejak sekian lama penduduk Kuala Sangga bertahan tanpa ada bekalan air bersih dan elektrik, oleh itu, usaha perlu dilakukan bagi membantu mereka.

"Pulau Kuala Sangga yang berada dalam Dun Kuala Sepetang adalah salah satu pulau yang terpinggir kerana ketiadaan bekalan air dan elektrik,” katanya selepas melawat kampung berkenaan, di sini semalam.

Sing Ng berkata, pada 2008, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memperuntukkan sebanyak RM 25,000 bagi memasang sebuah penjana elektrik besar khusus untuk kegunaan seluruh kampung Kuala Sangga.
Namun kini, jelasnya, penjana tersebut tidak dapat membekalkan jumlah elektrik yang mencukupi  kerana penduduk semakin bertambah.

“Setiap keluarga perlu membelanjakan RM100 hingga RM 200 sebulan bagi membeli minyak diesel untuk kegunaan penjana elektrik sendirian.

“Oleh itu, saya cadangkan Exco Kerajaan Negeri datang ke sini untuk memahami dan menghayati kehidupan harian pulau terpinggir ini," katanya.

Selain itu, kata beliau, penduduk turut berjanji kepada Kerajaan Negeri jika mereka sanggup membekalkan air percuma kepada Kuala Sangga, penduduk  sanggup menampung kos pemindahan air tersebut.

Penduduk sehingga sanggup mengeluarkan duit poket mereka sendiri bagi menampung kos pemindahan air asalkan kerajaan BN negeri Perak sanggup membekalkan mereka air yang bersih..?

Bila dah sampai ke tahap macam tu..
kita pasti tertanya-tanya..
selama 55 tahun ini, apa usaha kerajaan negeri BN Perak untuk membekalkan letrik dan air ke kawasan tersebut..?

55 tahun ni satu tempoh yang amat lama..
kalau dulu bayi,sekarang ni dah tahap pencen dah..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive