Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 8 October 2012

UTUSAN KALAH LAGI - KALI NI KENA MINTA MAAF PADA TERESA KOK


Memang kelakar...
Utusan Malaysia dan Pengerusi Institut Akhbar Malaysia,  Chamil Wariya kena minta maaf kepada Terese Kok...

Dulu bukan main lagi Penerbit Utusan nafikan cerpen yang disiarkan bukanlah fitnah..

 

Utusan ni dah berapa kali kalah dalam tuntutan saman di mahkamah,berapa kali dah kena minta maaf ke atas orang yang difitnahkannya..

Tapi Utusan ni macam tak pernah nak serik-serik...
yang mereka tahu hanyalah nak mencapai objektif mereka di dalam menipu orang kampung...


Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok

Pengerusi Institut Akhbar Malaysia,  Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.

um book launching 021205 chamil wariyaPeguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah
diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.


Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia. 


kah..kah..kah..
bongok betul...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive