Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 17 October 2012

SUAMI KETUA WANITA UMNO MINTA KERAJAAN SIASAT MENTERI PERTANIAN


Suami Sharizat,Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang juga Pengerusi NFC  kini dalam keadaan tersepit..

Dulu sewaktu Sharizat masih memegang jawatan Menteri Wanita,bukan main berlagaknya..
siap ugut Rafizi lagi supaya tidak mendedahkan perihal salah laku NFC...
 
Waktu tu seolah-olah tiada siapa yang boleh mempersoalkan kegagalan projek NFC yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM250 juta tu..

Tapi bila kerajaan BN dan UMNO ditekan berkali-kali oleh rakyat yang
mahukan satu siasatan dijalankan ke atas NFC selepas pendedahan Ketua Audit Negara pada tahun 2010, kerajaan pula demi kepentingan politik berlepas tangan dan membiarkan Sharizat anak pinak tanggung sendiri...
sehingga menyebabkan Sharizat meletakkan jawatan Menteri Pembangunan Wanita..

Kini apabila suami Sharizat sedar,bahawa dia keseorangan...
Menteri Pertanian pun dah tak mampu untuk  "membela" NFC..
Datuk Seri Mohd Salleh Ismail meminta kerajaan supaya menyiasat Kementerian Pertanian pulak..

Suami Sharizat mahu cuba alihkan kesalahan kegagalan projek lembu NFC tu ke atas bahu Menteri Pertanian....

Elok lah tu..
pencuri nak ketuk kepala si perompak...
elok sangatlah tu...



 
Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohd Salleh Ismail meminta kerajaan supaya menyiasat terlebih dahulu "pelanggaran" kementerian pertanian berhubung penangguhan pembinaan pusat sembelihan yang didakwa menyebabkan masalah ke atas projek tersebut.

Katanya, penangguhan pembinaan Pusat Penyembelihan Berkualiti Eksport (EQA) itu antara lainnya menjejaskan pengeluaran daging lembu dan menyebabkan pembinaan kemudahan berkaitan – kilang makanan ternakan dan loji biogas – tertangguh.

Selain itu ia turut menyebabkan penangguhan ke atas program pembangunan usahawan (EQA), kata Mohd Salleh lagi dalam satu kenyataan hari ini.

"NFCorp ingin menjelaskan bahawa dakwaan perlanggaran oleh NFC, yang dinafikan, perlu dikaji secara menyeluruh untuk keadilan bagi semua pihak.

"Kami menggesa peguam negara untuk bertindak adil dan tidak terpengaruh dengan hujah politik pembangkang, serta menjalankan penyiasatan berdasarkan fakta yang diusulkan oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan 2010 beliau," katanya.

Beliau memohon demikian bagi mengulas kenyataan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 – bahawa kerajaan menimbang untuk mengambil tindakan sivil ke atas NFC dan mengutip semula pinjaman yang diberikan kepada syarikat tersebut.


Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini yang disiarkan pada Februari lalu, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menjangkakan bahawa kerajaan akan menutup syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd yang merupakan syarikat induk NFC.

Katanya, beliau menjangkakan demikian memandangkan kerajaan juga sebelum ini menyelamatkan syarikat seperti Renong dan Perwaja Steel.

Tambahnya, situasi itu juga mungkin berlaku memandangkan NFC enggan mengakui kegagalan mereka dan menyalahkan "kerajaan, abattoir dan kartel (daging lembu) bukan Melayu".

Dalam wawancara itu juga, beliau berkata tindakan NFC itu tidak munasabah kerana syarikat tersebut mendapat akses kepada jumlah wang yang besar dan boleh membina abattoir besar mereka sendiri.

"Mengapa mereka tidak bina abattoir besar mereka sendiri? Mereka ada RM250 juta!.."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive