Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 1 October 2012

SIAPA SEBENARNYA TINDAS MELAYU - KONTRAKTOR MELAYU P. PINANG MAMPU BERSAING BERBANDING ERA BN


Memang pelik..
tetapi pelik yang benar...
Kontraktor Melayu yang selama ini tertindas di Pulau Pinang ketika era pemerintahan BN,kini mereka diberikan peluang bersaing secara adil dan mereka juga kini mampu memenangi tender besar sehingga berpuluh-puluh juta... 
dan mereka ini bersaing di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang mana Ketua Menterinya adalah dari pimpinan DAP yang selalu difitnah oleh UMNO sebagai musuh kaum melayu..


Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng..

Malahan dalam tender terbuka ini,ada kontraktor Melayu yang telah berjaya mendapatkan tender membuat jalanraya yang bernilai RM20 juta walaupun bersaing dengan kontraktor bukan melayu yang lain..

Itulah..
melalui sistem yang adil,kita akan dapat hak kita dengan seadilnya..

Namun,jika melalui sistem yang diamalkan oleh UMNO,sesuatu kontrak itu diberi melalui rundingan terus..
dan rundingan terus ini sudah tentulah tidak diberikan kepada kontraktor-kontraktor yang tidak dikenali,ianya hanya diberikan kepada sahabat-sahabat baik pemimpin Kerajaan BN,atau kata lain, "kroni".

Jangan jadi melayu yang bodoh yang takutkan perubahan..
akibat dah terlalu lama makan ikan bilis dan ikan masin...
apabila orang nak bagi ayam masak merah yang sedap pun kita jadi takut nak terima...

Kontraktor Melayu P. Pinang Mampu Bersaing, Dapat Projek Berjuta-juta.

KUALA LUMPUR, 1 OKT : Keupayaan daya saing kontraktor Melayu di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat adalah satu kebanggaan kerana mereka mampu mendapat kerja-kerja infrastruktur yang besar.

Jika sebelum ini kontraktor Melayu hanya dapat hidup dengan kontrak class F di bawah nilai RM 200,000, sekarang dengan sistem tender terbuka mereka mampu mendapat kontrak yang besar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kebanyakkan kontraktor Melayu memenangi kontrak pembangunan negeri hasil daripada langkah tander terbuka sekarang berbanding sistem ‘kabel Umno’ sebelum ini.

Beliau yang juga MP Bagan menjelaskan, kontrak kerja jalan terbesar di Pulau pinang dengan nilai lebih RM 20 juta dibawah persaingan tender terbuka dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Kontrak pembangunan jalan bernilai RM 20 juta di Jalan Son Ban Kheng, Bukit Mertajam yang dilebarkan dari dua lorong kepada empat lorong dan pembinaan dua jambatan.

“Ini merupakan suatu perkara yang perlu diraikan di Malaysia kerana dia bersaing dengan kontraktor Cina dan bukan Melayu tapi dia boleh menang kerana harganya paling rendah.

“Kita buktikan bahawa kontraktor Melayu kelas A, B dan C boleh bersaing.
“Dari jumlah yang diberikan 70 peratus bukan sahaja daripada jumlah tapi nilai,” katanya dalam sidang media di luar Dewan Rakyat hari ini.

Isu kontraktor Melayu Pulau Pinang dibangkitkan oleh MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyatakan mengikut garis panduan projek kurang RM 200,000 perlu diberi kepada kontraktor bumiputra kelas F.
Guan Eng berkata kerajaan negeri telah mengamalkan sistem berkenaan.

Selangorku.

1 comment:

  1. Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
    Bahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….

    Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.

    Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.

    Respected throughout the Malaysian;
    That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............

    If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.

    整个马来西亚的尊重;
    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....

    如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。

    主办单位: MCA Selayang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive