Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 23 October 2012

SELEPAS HAMPIR 5 TAHUN BARU KITA TAHU INI FITNAH





Selepas hampir 5 tahun kenyataan Khir Toyo terhadap Ronnie Liu ni baru kini kita tahu bahawa semuanya itu adalah fitnah belaka...

Itulah cara pemimpin UMNO...
mereka tabur fitnah dulu untuk memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat,dengan harapan rakyat termakan fitnah mereka..


Sekarang ni dah hampir nak masuk 5 tahun baru tahu semua tu fitnah...
Khir Toyo hari ni kena minta maaf pada Ronnie Liu...

Khir Toyo mohon maaf pada Ronnie Liu di mahkamah

Bekas Selangor Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyomemohon maaf kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah bahawa Liu menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad.

Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.

Khir berkata beliau meminta maaf kepada ADUN Pandamaran dan exco kerajaan negeri Selangor itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan lapuran polis Liu Tian Khiew pernah bercampur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran.

Artikel itu yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive