Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 18 October 2012

"PENDIDIK" DESAK KEMENTERIAN PELAJARAN HENTIKAN TEKANAN KE ATAS WARGA PENDIDIK!!!


 

KUALA LUMPUR, 18 OKT : Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) mengemukakan satu memorandum mendesak Kementerian Pelajaran menghentikan segala bentuk tindakan tidak profesional, penganiayaan dan kezaliman kepada warga pendidik.

Presidennya, Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, dalam masa dua minggu pihaknya menerima tidak kurang daripada
100 aduan berhubung tekanan yang dikenakan terhadap guru.

Bercakap pada satu sidang media di lobi Parlimen, NGO Pendidik mendesak Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengembalikan semula semua hak guru teraniaya selain menghentikan diskriminasi warga guru dengan melabel satu kelompok sebagai Umno-BN dan satu lagi kelompok bukan Umno-BN.

Lantaran itu juga, mereka turut mendesak pembentukan satu jawatankuasa bebas di bawah Parlimen bagi menangani dan mengendalikan kes-kes penganiayaan terhadap guru.

“Antara bentuk tindakan yang dikenakan adalah dibuang kerja kerana tidak tahan menurut arahan dengan kerap berpindah dan tidak munasabah.

“Selain itu, guru dipindahkan jauh dari kediaman dan keluarga atas tekanan politik malahan disyaki aktif berpolitik serta cenderung kepada pembangkang,” katanya yang juga bekas calon PAS pada Pilihan Raya Kecil Dun Tenang pada tahun 2011.

Dalam memorandum yang diterima oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud selaku wakil Pakatan Rakyat turut dilampirkan beberapa nama guru yang menjadi mangsa penganiayaan Kementerian Pelajaran termasuk suami Cikgu Mala, Maarof Abdul Mutalib.

Beliau ditukarkan dari SMK Tenang Stesen, Segamat Ke SMK Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi yang menyaksikan jarak ulang-alik lebih 500KM.

Selain itu, beliau turut berhadapan hukuman berganda iaitu amaran, tindakan tata tertib, dipotong gaji tujuh hari bekerja serta dinafikan bonus tahun 2011, kesan daripada penglibatan isterinya dalam medan politik.

Selangorku

4 comments:

  1. Kalau setakat ditukarkan dalam semenanjung tu xpayahlah ko nak sibuk2 membela laki ko tu..lain lah kalo laki ko dipindah kt pendalaman sabah sarawak..nampak lembik jer laki ko.rami lagi pasangan guru yang hidup berjauhan tapi still masih lagi bahagia..aku ni dulu berjauhan juga dari isteri kerna berlainan sekolah dan daerah.berkat doa dan usaha memohon akhirnya dpt berpindah sekolah yg dekat dgn daerah isteri..kalo nk membela,ko bela aku sekali..aku nk pindah sekolH yang depan umah bleh nMPAK.dulu sibuk nk jd cikgu.bila dh kena mcm ni sibuk melantah nk membela konon..kalo ko dpt me,bela semua cikgu berpindah, sure lah ko tokoh jd tokoh pendidik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian2 laki dier ulangalik 500km tu...tp siap pakai keta import..jalan highway...
      Lain kalo naik bot ke..perahu ke...sian2...

      Delete
  2. teman bersimpati dengan c mala.sabo je le.pas ke bn ke kita ni kan ke manusia.500km tu jauh teman dulu pahang langkawi lebih 500 km.ada cikgu dr pk tengah kena tuko ke jb tapi dah pencen orang kuat pas tu.tu pasal dendam le tu.lepas ni kalau pkr mng serah je le diri tu untk d tukarkan ada berani......

    ReplyDelete
  3. payah kalau org xreti bersyukur. semenanjung lagi kira ok la. kami ni laki dok sabah dah nak masuk 5 tahun!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive