Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 1 October 2012

NAJIB TIDAK HADIR DEWAN RAKYAT - MUNGKIN AMALKAN NASIHAT ORANG TUA-TUA.


Najib tidak datang ke Dewan Rakyat sewaktu Anwar Ibrahim membahaskan Bajet 2013 pagi tadi...

Jumaat lalu ketika membentangkan bajet 2013..
Najib menggunakan kesempatan yang ada untuk menyindir Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Dan oleh kerana itu Anwar meminta Najib hadir pada hari ini untuk mendengar perbahasan Bajet 2013 dan mempertahankan bajet yang dibentangkannya..


“Saya cabar Najib hadir bagi mendengar ulasan saya mengenai Bajet 2013, dia nak cakap (mencelah), saya bagi peluang untuk dia berhujah, barulah boleh jadi pemimpin. Ini huha huha depan geng dia, depan aku hang tak berani,” katanya di Taman Medan, sempena Jelajah
Merdeka Rakyat peringkat Selangor semalam.

Ketika di Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam pada Jumaat lalu pula Anwar berkata, selain mengharapkan ahli Parlimen Pekan itu hadir, beliau turut akan memberi ruang kepada Najib untuk mengulas dan mencelah semasa beliau berucap.

"Semasa saya jadi menteri kewangan, saya tak pernah tak hadir ulasan awal ketua pembangkang. Saya fikir oleh kerana ucapan dia kita dengar, maka wajar hormati sistem demokrasi.

"Saya nak nasihat Najib untuk hadir dan saya akan bagi ruang untuk dia ulas dan sanggah sepenuhnya pada masa itu," kata Anwar lagi.


Namun seperti yang telah diduga oleh rakyat marhaen,bahawa PM mereka memang benar-benar seorang yang pengecut dan hanya berani bertempik ketika orang lain tidak boleh mencelah atau menanyakan soalan..

Malaysiakini

Anwar pun memang sudah mengetahui sikap pengecut Najib ini..
itulah sebabnya pada jumaat lalu Anwar "cabar" Najib untuk hadir pada pagi tadi..
sebab memang dah tahu dia tidak akan hadir punya...

Kita tak menyangka cakap-cakap orang bahawa PM kita ni pengecut dan bacul itu rupa-rupanya memang benar..

Dengan bini dia takut..
ajak debat pun takut..
nak berbahas dalam dewan rakyat pun takut...

Kalau setakat berani jerit di perhimpunan UMNO je tak payah ler..
kalau setakat macam tu,Ibrahim Ali pun boleh...

Mungkin Najib mendengar nasihat orang tua dulu-dulu kot..
orang-orang tua kata "kalau kita tahu kita ni bodoh,kita jangan berbahas dengan orang yang lebih pandai dari kita,nanti malu kita.."

Mungkin juga najib ambil kata-kata orang tua tu sebagai pegangan hidup dia...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive